web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbicaraan Ebit Lew: Elak Ulas Kes Hingga Calar Imej Agama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 9:12PM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta tidak mengulas kes perbicaraan membabitkan pendakwah, Ebit Lew sehingga mencetuskan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan memberi imej tidak baik kepada agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, mereka perlu berpegang kepada akhlak dan ilmu ajaran agama.

Katanya, rakyat juga diseru untuk tidak menangguk di air keruh, sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap nilai Islam, di sebalik usaha ramai agamawan lain untuk membawa mesej agama kepada masyarakat dengan ikhlas dan bersungguh.

“Kita semua maklum bahawa sedang berlangsungnya kes perbicaraan gangguan seksual melibatkan seorang insan dikenali rakyat Malaysia atas keprihatinan dan usaha membantu masyarakat memerlukan.

“Saya mengambil peluang mengingatkan semua rakyat Malaysia serta umum, walaupun ia melibatkan insan dikenali, kes ini sedang dibicarakan, (jadi) perlu untuk kita menghormati proses mahkamah dan serahkan kepada pihak berautoriti melaksanakan tugasnya.

“Peganglah kepada pesan dan ajaran agama kita yang digariskan mengikut kaedah fiqh. Asal setiap sesuatu adalah tidak bertanggungjawab/tidak bersalah. Erti kata lain seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman yang membenarkan kes berlangsung,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Idris berkata, pihaknya tetap tidak bersetuju dengan apa-apa perlakuan bertentangan dengan undang-undang, apatah ia menceroboh kehormatan diri.

Justeru, katanya, jika berlaku jenayah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.

Sekiranya sabit kesalahan, hukuman tegas perlu diberikan kepada pelaku, tidak kira siapa untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.

Pada masa sama, Idris berkata, ibu bapa, pendidik, pemimpin, kesatuan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak, seharusnya bersatu hati untuk turun padang bagi mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat daripada melakukan jenayah seperti itu.

Tegasnya, adalah menjadi tugas setiap rakyat untuk sama-sama melindungi masyarakat daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran tepat dan kita terus menjadi rakyat dan umat Islam bertanggungjawab dalam apa jua situasi, agar Allah menilai yang terbaik terhadap usaha kita sebagai seorang muslim. InsyaAllah,” katanya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, yang dikenali sebagai individu sering menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, kini dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom.

Beliau menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Getaran, 28 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan