Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


 Pakar Motivasi Nafi Rosakkan Reputasi Ebit Lew - Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 8:52PM

Ebit Lew - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, menafikan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bahawa beliau dan pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersubahat untuk merosakkan reputasi pendakwah itu.

Pakar motivasi Mohd Fairuz Abu, 37, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Ebit Lew.

Kepada cadangan peguam itu bahawa beliau dan Pengasas Multiracial Reverted Muslim (MRM) Firdaus Wong masih menghebahkan isu itu di media sosial, saksi pendakwaan pertama itu berkata dia tidak berbuat demikian tetapi Wong yang melakukannya.

Ram: Saya nyatakan kepada anda sebagai fakta bahawa melalui isu di media sosial (kes Tenom) dan mengaturkan wanita itu (mangsa) ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis mengenai tertuduh, kamu dan Firdaus Wong berkomplot untuk merosakkan reputasi tertuduh.

Mohd Fairuz: Saya tidak setuju.

Ram: Saya nyatakan kepada anda hakikatnya, wanita itu tidak berniat untuk membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Mohd Fairuz: Saya tidak setuju.

Ram: Saya nyatakan kepada anda, wanita itu hanya memutuskan untuk membuat laporan polis selepas perbualannya dengan kamu pada 26 Julai 2021.

Mohd Fairuz: Saya tidak pasti.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Mohd Fairuz berkata beliau mengiringi wanita itu dan suaminya untuk membuat laporan polis di Bukit Aman sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada polis pada 7 Ogos 2021.

Ebit, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Scammer Guna Media Sosial Iklan Lesen Memandu Murah, Mudah - JPJ

4

TARA 5 bulan yang lalu

Berpakaian Kurang Sopan Ketika Berjual Beli Di Media Sosial, Apa Hukumnya?

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad