web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Rosakkan Sistem Pekerja Asing, Punca Kekurangan Tenaga kerja – Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 12:00PM

Saravanan berkata, PH adalah punca kekurangan buruh asing di negara ini kerana ia meminimumkan kemasukan pekerja Bangladesh ketika mereka mentadbir selama 22 bulan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem pekerja asing di negara ini telah dirosakkan oleh Pakatan Harapan (PH), khususnya pemimpin DAP, semasa mereka menerajui Putrajaya, menyebabkan kekurangan tenaga kerja semasa dihadapi Malaysia hari ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata sebelum wabak COVID-19 bermula, PH telah mengenakan moratorium ke atas pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pada September 2019, dan enggan memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dengan negara sumber lain.

Menjawab kritikan Pengerusi DAP Lim Guan Eng terhadapnya baru-baru ini, Saravanan berkata, PH adalah punca kekurangan buruh asing di negara ini kerana ia meminimumkan kemasukan pekerja Bangladesh ketika mereka mentadbir selama 22 bulan.

Saravanan berkata "permainan" semasa, yang ditambah dengan wabak COVID-19, hanya bermula apabila negara membuka semula pintu sempadannya pada 1 April 2022. 

Tambah, Ahli Parlimen Tapah itu, bermula April lalu hingga hari ini, semua MoU berkaitan telah diselesaikan dengan negara sumber, manakala pengeluaran kuota untuk semua agensi dan pihak berkepentingan berkaitan telah pun disegerakan.

Saravanan juga berkata, Lim mungkin bercakap mengenai isu kekurangan buruh asing, tetapi majikan sebenar pekerja terbabit tidak membangkitkan sebarang rungutan kepada kementerian.

“Saya tidak nampak mana-mana pemain besar seperti Sime Darby atau FGV membuat sebarang aduan. Mereka tidak membuat sebarang aduan mengenai tidak menerima sebarang kuota langsung,” kata Saravanan dalam temu bual dengan The Vibes dan beberapa media lain semalam.

“Semasa pentadbiran PH, tiada satu pun MoU yang diperbaharui walaupun MoU dengan Bangladesh telah luput pada zaman mereka. Ia tidak sepatutnya mengambil masa 22 bulan untuk memperbaharui sebarang MoU,” katanya merujuk kepada tempoh pemerintahan PH sebagai kerajaan Persekutuan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Semalam, Saravanan telah menetapkan 5 Oktober untuk Lim memberikan bukti bahawa beliau gagal menangani kekurangan buruh asing di negara ini. 

Saravanan berkata, desakan Guan Eng baru-baru ini agar beliau meletak jawatan jika terdapat kelemahan dalam pengendalian kementerian itu menunjukkan pemimpin DAP itu tidak memahami peranan kementerian tersebut.

Beliau berkata jemputan yang sama diberikan kepada Ahli Parlimen Beruas (DAP), Ngeh Koo Ham, yang menjadi pengkritik tegar kementerian itu.

Kelmarin, Guan Eng menerusi satu kenyataan di Facebook mengingatkan Saravanan mengenai cabaran peletakan jawatan antara kedua-dua mereka dengan memaklumkan, beliau sudah menunggu 10 hari untuk mendapatkan maklum balas daripada orang nombor satu kementerian terbabit.

Peringatan itu dibuat selepas Guan Eng menerima cabaran Saravanan untuk membuktikan adakah kementeriannya melakukan sebarang kelemahan dalam menangani kekurangan pekerja yang teruk pada 15 September.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng mengecam Saravanan kerana tidak cekap dan gagal menjawab atau menyatakan kadar kejayaannya sebanyak 12 peratus yang ‘menyedihkan’ dalam mendapatkan pekerja asing bagi memasuki Malaysia.

Guan Eng berkata, perkara itu dibangkitkan oleh Persatuan Minyak Sawit Malaysia yang menganggarkan hanya 47,000 pekerja asing telah memasuki Malaysia atau 12 peratus daripada 385,000 kelulusan sejak Januari 2022.

Saravanan turut mendakwa Koo Ham telah membuat aduan berkenaan kementerian itu gagal menjalankan peranannya namun telah membuat permintaan peribadi untuk kelulusan tenaga kerja.

“Saya boleh mencetak semua yang diminta daripada kami. Ini semua bersifat peribadi, tetapi kononnya (helah) dramatik yang mereka minta bagi pihak rakyat,” dakwanya.

Saravanan berkata, beliau tidak tahu sama ada permintaan tersebut adalah untuk tujuan pemimpin DAP itu sendiri atau sebagai ejen.

"Saya boleh tunjukkan kepadanya (Guan Eng) syarikat yang Ahli Parlimen Beruas tanya saya (tentang perkara itu)," katanya.

Jelas beliau, kelulusan sehingga 400,000 pekerja asing yang memasuki negara ini bermula April lalu adalah untuk tempoh satu setengah tahun.

Beliau juga berkata, adalah tidak praktikal bilangan warga asing yang diluluskan untuk memasuki negara ini dalam tempoh beberapa bulan ini bergantung kepada jumlah penerbangan harian yang masuk ke Malaysia dari negara terbabit, antara faktor lain.

“Kerja saya tamat selepas kelulusan kuota. Selepas itu, kerja saya bermula semula apabila pekerja masuk (ke negara ini) untuk menjaga kebajikan merea.”

Tambah Saravanan, peranannya adalah untuk meluluskan kuota pekerja asing dan menjaga

kebajikan mereka yang memasuki negara ini, tetapi apa-apa yang berlaku diantaranya bukan berada di bawah bidang kuasa beliau.

“Kenapa dia salahkan saya? Adakah terdapat sebarang aduan rasmi daripada majikan? Kamu tidak tahu tugas saya, jadi macam mana kamu boleh menilai prestasi saya?

“Guan Eng perlu berhenti mengeluarkan kenyataan dan menjadi hero dalam media dan datang ke sini (sebaliknya) untuk menunjukkan bukti di mana silap kami,” katanya.

Kementerian telah ‘membantu’

Sementara itu, jurucakap FGV Holding Bhd berkata, syarikat itu tidak mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan kelulusan pekerja asing, sambil menambah ia tidak membuat sebarang aduan kepada kementerian mengenai perkara itu.

Jurucakap itu berkata, setakat ini, FGV telah menerima kelulusan untuk 10,000 pekerja dan 4,000 daripadanya telah tiba di negara ini.

“Kami merancang untuk mencapai sasaran (10,000 pekerja) menjelang November dan tidak ada isu mengenai perkara tersebut setakat ini,” kata jurucakap itu yang enggan namanya didedahkan.

“Kami tidak merungut dan kami mengikut prosedur. Semua kelulusan telah diberikan dan kami sedang dalam proses pengambilan. Kementerian sangat membantu,” katanya. - The Vibes, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 50 minit yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad