web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akibat Selisih Faham Di Bar, 2 Lelaki Dilanggar Kereta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:57AM

Polis mengesahkan kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kini dalam keadaan stabil. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki cedera selepas dilanggar dengan kereta oleh seorang individu dipercayai akibat perselisihan faham yang berlaku di sebuah bar di Taman Molek di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya sebelum ini mengesan sebuah video berdurasi seminit 37 saat yang tular di aplikasi WhatsApp, memaparkan insiden kekecohan dan pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa dilanggar.

Mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu, beliau berkata, insiden pada jam 5 pagi tersebut membabitkan dua lelaki warga tempatan berumur 30 dan 36 tahun.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang bermula di dalam sebuah bar dan berlarutan hingga ke luar premis antara kedua-dua lelaki berkenaan.

“Lelaki berusia 30 tahun itu kemudian menaiki sebuah kereta dan bertindak melanggar mangsa serta seorang lagi lelaki tempatan berumur 35 tahun yang turut berada di lokasi kejadian. Meskipun kedua-dua mangsa mengalami kecederaan, mereka kini dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mohd Sohaimi berkata, pihaknya menahan lelaki dipercayai terlibat dalam insiden itu di Jalan Persisiran, Seri Alam, Masai pada 9.10 malam tadi.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah, manakala ujian air kencing adalah negatif.

Siasatan kes itu, jelasnya, dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan