web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM, MINDEF Wujudkan Rangka Kerja Untuk Optimumkan Aset, Sumber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 3:05PM

Khairy Jamaluddin semasa sidang media selepas melawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bersama Hishammuddin Tun Hussein - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mewujudkan satu rangka kerja baharu untuk melihat secara keseluruhan kerjasama yang boleh dicapai kedua-dua pihak supaya dapat mengoptimumkan aset dan sumber dua kementerian berkenaan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara ini susulan kerjasama yang baik antara dua kementerian itu dalam menguruskan pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Contohnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan ada keperluan sumber manusia yang mungkin boleh ditampung oleh KKM.

“Mungkin ada peralatan atau jentera di kawasan pedalaman, yang ada pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang boleh KKM atur kedudukan apabila diperlukan,” katanya pada sidang media selepas melawat HAT Tuanku Mizan bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.

Khairy berkata kerjasama antara KKM dengan MINDEF yang wujud sebelum ini perlu diangkat ke peringkat lebih tinggi dengan misi yang jelas melalui rangka kerja baharu.

Khairy berkata kerjasama antara KKM dengan MINDEF yang wujud sebelum ini perlu diangkat ke peringkat lebih tinggi dengan misi yang jelas melalui rangka kerja baharu
Khairy berkata kerjasama antara KKM dengan MINDEF yang wujud sebelum ini perlu diangkat ke peringkat lebih tinggi dengan misi yang jelas melalui rangka kerja baharu

Sementara itu, beliau berkata KKM dan MINDEF bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir pada akhir tahun ini.

Menurutnya, beliau dan Hishammuddin telah diberikan taklimat kesiapsiagaan ATM dan KKM untuk membantu Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya negara dilanda bencana banjir.

Khairy juga memaklumkan bahawa lawatan dua menteri itu pada hari ini, adalah berikutan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mesyuarat Jemaah Menteri lepas agar kementerian-kementerian yang berkenaan melaksanakan kesiapsiagaan mantap untuk berdepan musim tengkujuh dan bencana banjir.

Selain itu, Khairy juga berterima kasih kepada ATM kerana bertindak secara pantas dalam pembinaan hospital-hospital medan di beberapa negeri ketika pandemik COVID-19.

Justeru, katanya KKM menyokong perolehan ATM dan Mindef untuk menambah peralatan dalam usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan hospital-hospital medan di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

4

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Pimpinan Tertinggi ATM Di Wisma Perwira

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi