web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bukan Sahaja Bilis Tapi Jerung Pun Kami Siasat’ - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 12:23PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencari kaedah terbaik bagi membolehkan masyarakat tidak terlepas daripada mengikuti perkembangan terkini sesuatu siasatan dan kes dikendalikan SPRM yang dibawa ke mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah ini bagi mengikis persepsi masyarakat terhadap badan itu yang sering dikatakan menahan individu berstatus ‘ikan bilis’ atau golongan bawahan, sebaliknya golongan atasan atau disebut ‘jerung’ terlepas daripada sebarang tindakan.

“Berapa banyak ikan bilis SPRM (kenakan tindakan) sekarang berbanding kes berprofil tinggi sebab ini adalah persepsi mereka, kadang-kadang mereka tertinggal dalam mengikuti laporan (kes SPRM) yang dilaporkan media.

“Setiap kes berprofil tinggi yang kami siasat saya rasa SPRM telah melaporkannya termasuklah pertuduhan… Ini tidak, mereka masih mengatakan (kami hanya siasat) ikan bilis, saya pun tidak tahu adakah tangkapan kes Mitra, 1MDB, SRC International, isu skandal kartel itu dikategori sebagai ikan bilis,” katanya kepada Bernama.

Azam berkata SPRM sentiasa melakukan sebaik mungkin untuk mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah yang melibatkan ketirisan dalam negara sama ada dilakukan ‘ikan bilis’ atau ‘jerung’, yang mendatangkan mudarat kepada rakyat dan negara.

“SPRM menjalankan tugas dengan membuat pengesanan, ada kes sebelum ini pegawai kanan kerajaan gred JUSA B kami tahan. Individu ini bukan ikan bilis tetapi seorang yang berprofil tinggi,” katanya.

Mengenai ada individu yang ditahan untuk siasatan namun dibebaskan, Azam berkata perkara itu berlaku disebabkan ada kes tertentu yang tidak dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

“Tidak semua kes akan berakhir dengan pertuduhan dikenakan ... kita kena terima fakta itu… Kita kena hormati keputusan Peguam Negara,” katanya sambil menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak pernah menghalang SPRM menjalankan atau meneruskan siasatan sesuatu kes.

Berhubung salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai SPRM, Azam berkata suruhanjaya itu mempunyai jawatankuasa aduan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah atau salah laku.

“Kami ada jawatankuasa aduan, saya telah buktikan sebelum ini yang kami sendiri mendakwa mereka (anggota dan pegawai SPRM ada masalah tatatertib) di mahkamah jika ada salah laku. Saya tidak berkompromi sekiranya ada pegawai atau anggota saya terlibat salah laku.

“Kami tunjuk pada orang awam...tiada benda yang hendak saya sorokkan daripada masyarakat. Jika ada maklumat saya bagi jaminan bahawa kami akan terus menjalankan siasatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad