Berita Terkini

6 minit yang lalu: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus 8 minit yang lalu: PRU-15 Tioman: AMANAH setuju PH beri laluan kepada calon BN 9 minit yang lalu: Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP 2 jam yang lalu: Liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah meningkat 88.06 peratus 2 jam yang lalu: Pertimbang beri kuasa autonomi dalam isu pendidikan - Menteri Sarawak

IKUTI KAMI


Semak Keputusan Mahkamah Seksyen: Zizie Izette Mohon Kes Didengar Bersama Permohonan Bung Moktar

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 4:11PM

Sepatutnya, kes Zizie Izette didengar di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah manakala kes Bung Moktar di hadapan JC Azhar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memohon supaya notis usul difailkannya bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen, yang memerintahkan pelakon itu membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta, didengar bersama permohonan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin di hadapan hakim sama di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette berkata pihaknya memohon agar, permohonan Zizie Izette dipindahkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Azhar Abdul Hamid ketika sebutan kes itu hari ini.

JC Azhar kemudian menetapkan 17 Oktober ini untuk mendengar permohonan berkenaan.

Sepatutnya, kes Zizie Izette didengar di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah manakala kes Bung Moktar di hadapan JC Azhar.

Pada 23 September lepas, Hakim Sequerah membenarkan permohonan Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, untuk menangguhkan perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen, selepas pasangan itu memfailkan notis usul untuk menyemak semula dan mengetepikan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen pada 2 September lepas.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya selaku pemohon, memfailkan permohonan semakan secara berasingan pada 19 September, antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil dan memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen, yang mendengar dan memutuskan mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah dan bersubahat.

Dalam permohonan itu, kedua-duanya memohon perintah Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan yang disampaikan Mahkamah Sesyen.

Kedua-dua pemohon berkata hakim yang mendengar perbicaraan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta, apabila memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan, yang merupakan saksi utama dalam kes itu.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Rozina Ayob menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan bagi pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status perkembangan permohonan pasangan suami isteri itu.

“Tarikh bicara (bela diri) yang dijadualkan pada 14 Oktober ini dilapangkan, manakala tarikh-tarikh perbicaraan pada 28 Oktober, 21 dan 31 November, 1 dan 7 Disember, 3 Januari dan 9 hingga 13 Januari 2023 dikekalkan,” kata hakim itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah, supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan sementara permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 2 September lalu, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka. 

Pasangan itu sepatutnya membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad bermula 23 Sept lepas.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga, didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Bernama

Sorotan

1

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Indra, Zii Jia Berpisah

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Ini Tidak Benar’: Ismail Sabri Sangkal Ada Perbelanjaan Kerajaan Tak Direkod

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kepimpinan Anwar Tepat Pada Masanya - Wartawan Veteran Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

PM Digesa Lantik 18 Ahli Parlimen Wanita Jawatan Menteri, Timbalan Menteri

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

5 Lelaki Nyaris Maut, Kilang Musnah Terbakar

oleh Fitri Nizam