web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NADMA Minta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Daerah Diaktifkan, Siap Siaga Di Sabah, Labuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 6:22PM

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana di Sabah dan Labuan.

Ia susulan amaran hujan berterusan tahap waspada (Kuning) dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, melibatkan beberapa lokasi di Sabah dan Labuan sehingga esok (26 September).

Menurut NADMA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas.

Selain itu Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga dimohon supaya mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta bersedia untuk digunakan. 

“Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” menurut hantaran di Facebook NADMA, hari ini.

Terdahulu MetMalaysia memaklumkan lokasi yang terlibat di Sabah adalah di pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad