web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbincangan Bawa Masuk Pekerja Kemboja Tidak Terjejas - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 5:10PM

Ogos lepas M Saravanan dilaporkan berkata Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja pada bulan September - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Kes-kes berkaitan pekerja warga Malaysia menjadi mangsa penipuan di Kemboja yang dilaporkan media sejak kebelakangan ini, tidak menjejaskan perbincangan bagi membawa masuk pekerja dari negara itu ke Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata kes-kes penipuan seumpama itu boleh berlaku di mana-mana negara, bukan setakat di Kemboja sahaja kerana ia di luar jangkaan sesiapa.

“Ia tidak menjejaskan perbincangan kerana disifatkan sebagai kes khas atau terpencil... tetapi kita akan cari penyelesaian secara berhemah,” kata Anggota Parlimen Tapah itu selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 Parlimen Tapah di sini hari ini yang disempurnakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah Ishsam Shahruddin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan pada 9 September lepas mengenai 24 rakyat Malaysia berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Phnom Penh Kemboja berjaya diselamatkan dan kembali ke tanah air.

Ogos lepas Timbalan Presiden MIC itu dilaporkan berkata Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja pada bulan September. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad