Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Peranan Pendakwa Raya Harus Dipisahkan Daripada Peguam Negara Sebelum PRU-15

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2022 6:12PM

Dua keputusan mahkamah semalam menunjukkan keperluan pejabat pendakwa raya dipisahkan daripada AG - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendesak peranan pendakwa raya harus dipisahkan daripada Peguam Negara (AG), sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan bagi menghapuskan sebarang kecurigaan campur tangan politik dalam kes melibatkan ahli politik.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, walau apa pun merit atau keputusan setiap kes, keyakinan orang ramai terhadap institusi yang menjalankan keadilan termasuk mahkamah dan pejabat pendakwaan, akan terus goyah jika ia tidak dilaksanakan.

Menurut beliau, keputusan mahkamah membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua pertuduhan kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan melepas tanpa membebaskan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam, menunjukkan keperluan pejabat pendakwa raya dipisahkan daripada AG.

BERSIH turut menggesa kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai reformasi terhadap peranan AG, melibatkan semua blok politik - Gambar Fail
BERSIH turut menggesa kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai reformasi terhadap peranan AG, melibatkan semua blok politik - Gambar Fail

“Kita harus diingatkan tentang prinsip bahawa "keadilan bukan sahaja harus dilakukan tetapi harus secara jelas dan tidak dapat dinafikan, dilihat telah dilakukan."

“Pendakwa raya yang mempunyai peranan penting untuk membantu badan kehakiman dalam pentadbiran keadilan jenayah, secara jelas dan tidak dapat dinafikan lagi (harus) dilihat sebagai bebas, tidak berat sebelah dan di luar campur tangan politik.

“Ini hanya boleh dilakukan dengan mengasingkan peranan pendakwa raya daripada AG yang dilantik secara politik,” katanya dalam hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, BERSIH turut menggesa kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai reformasi terhadap peranan AG, melibatkan semua blok politik.

Tegasnya, usaha mengembalikan keyakinan terhadap pejabat pendakwa raya dan badan kehakiman juga harus menjadi keutamaan semua parti politik dan patut disokong semua pihak.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan VLN.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan VLN - Gambar Fail
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan VLN - Gambar Fail

Mohd Yazid berkata, selepas menimbangkan semua bukti dan keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk didakwa menerima suapan daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, berkaitan kontrak syarikat terbabit sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN).

Sementara itu, pada hari sama, Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Abdul Azeez daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Abdul Azeez daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah - Gambar Fail
Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Abdul Azeez daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah - Gambar Fail

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad memohon Abdul Azeez dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas alasan representasi yang dikemukakan tertuduh sudah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut. – Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 7 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB