web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peratusan Pekerja Mendaftar Dengan Kesatuan Sekerja Masih Rendah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 4:21PM

Peratusan yang sangat kecil itu menunjukkan betapa rendahnya tahap kesedaran golongan pekerja terhadap kepentingan menjadi sebahagian daripada anggota kesatuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Hanya 9.6 peratus atau 960,000 daripada 10 juta pekerja di negara ini mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS), kata Ketua Pengarahnya Kamal Pardi.

Kamal berkata peratusan yang sangat kecil itu menunjukkan betapa rendahnya tahap kesedaran golongan pekerja terhadap kepentingan menjadi sebahagian daripada anggota kesatuan.

Beliau berkata perkara tersebut merugikan golongan pekerja memandangkan mereka boleh mendapat pelbagai manfaat melalui perundingan antara kesatuan sekerja dan majikan.

"Melalui perundingan pekerja boleh mendapatkan faedah yang lebih bukan sahaja dari sudut kewangan tetapi manfaat-manfaat lain yang akan menguntungkan mereka.

"Memang negara kita dah ada akta pekerja tersendiri yang melindungi golongan itu tetapi undang-undang tersebut agak minimum dan perlu kepada tambahan lain," katanya kepada pemberita selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2.0 JHEKS Terengganu dan Kelantan di Asrama Perkaya di sini hari ini.

Justeru, Kamal berkata pihaknya menyeru supaya lebih ramai pekerja daripada sektor kerajaan dan swasta menganggotai kesatuan tersebut bagi memantapkan lagi peranannya dalam kalangan ahli.

Beliau berkata pihaknya juga sedang melaksanakan pelbagai kempen bagi menarik lebih ramai keanggotaan daripada seluruh negara.

"Sekarang ini kita ada 767 kesatuan sekerja di seluruh negara termasuk sektor kerajaan dan swasta. Kita harap lebih ramai lagi yang akan mendaftar selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata program CSR 2.0 JHEKS telah diadakan di 10 negeri dengan terakhir bakal berlangsung di Sarawak pada 15 Okt depan.

Menurut Kamal, selain agenda penyampaian bantuan, program tersebut turut membantu orang ramai mendapatkan peluang pekerjaan melalui kerjasama dengan syarikat dan majikan di Malaysia.

Katanya program hari ini turut mendapat kerjasama agensi lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad