web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Jadi Konservatif, Benarkan Ganja Untuk Perubatan - Tun Zaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 11:02AM

Tun Zaki Azmi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika ubat opioid yang dipanggil diamorphine diperbuat daripada morfin, sejenis heroin yang diperoleh daripada tumbuhan popi candu dan digunakan secara sah di hospital di Malaysia, mengapakah ganja dipanggil cannabidiol (CBD) tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan di negara ini?

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi membangkitkan persoalan ini sebagai penceramah semasa persidangan bertajuk Use of Psychoactive: The Good, The Bad and The Ugly yang dianjurkan oleh Fakulti Farmasi, Universiti Mahsa.

Beliau berkata, diamorphine (morfin) digunakan untuk rawatan sakit akut, trauma fizikal, angina, sakit selepas pembedahan dan penyakit terminal peringkat akhir secara universal di hospital di seluruh dunia.

Memetik beberapa kajian, beliau menjelaskan CBD adalah ekstrak tumbuhan ganja (cannabis sativa) yang digunakan untuk tujuan perubatan di negara yang telah diluluskan penggunaannya.

“CBD berbeza daripada tetrahydrocannabinol, satu lagi sebatian tumbuhan aktif dalam ganja, yang bertanggungjawab menyebabkan tindak balas psikoaktif (euforia).

“Banyak negara seperti Thailand dan China telah meluluskan penggunaan CBD untuk merawat epilepsi, kebimbangan, kesakitan, gangguan otot dan keadaan neurologi lain.

“Adalah malang apabila kerajaan di sini, khususnya pegawai kesihatan, terus berpegang kepada pandangan konservatif dan prejudis berhubung penggunaan ganja untuk tujuan perubatan di negara ini,” katanya.

Menurut beliau, jika CBD memberi manfaat kepada satu peratus, dua peratus atau tiga peratus daripada populasi, kerajaan mesti membenarkan penggunaan bahan tersebut terutamanya apabila doktor biasa menetapkan ubat yang lebih kuat seperti morfin dan kodin.

Tegasnya, Akta Dadah Berbahaya yang sama melarang narkotik seperti ganja juga memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk memberikan pengecualian terhadap penggunaan perubatan terhad daripada jenis tersebut.

“Kerajaan sudah boleh memberikan pengecualian penggunaan CBD di negara ini atau sekurang-kurangnya memberikan pengecualian import CBD tanpa perlu melalui tugas sukar untuk menggubal undang-undang atau peruntukan baharu bagi tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata, undang-undang sudah ada, jadi tidak perlu pergi ke Parlimen untuk meminda undang-undang tersebut kerana ia akan mengambil masa yang lama.

Katanya, tidak ada keperluan untuk penyelidikan tempatan mengkaji keberkesanan CBD ke atas pesakit kerana kajian dijalankan di luar negara membuktikan keberkesanan dan keselamatan CBD, memandangkan penyelidikan baharu mahal dan memakan masa.

Zaki turut berkongsi dua video pendek pesakit muda yang mengalami sawan epilepsi yang diberikan semburan CBD ke dalam lubang hidung mereka dan gejala itu berhenti hampir serta-merta.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada 2018 meluluskan Epidiolex, penyelesaian oral berasaskan CBD untuk rawatan sawan yang dikaitkan dengan dua simptom epilepsi teruk dan jarang berlaku. 

Ia adalah ubat pertama diluluskan oleh FDA dengan bahan tulen yang diperoleh daripada ganja. - The Vibes, 24 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar