web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kekal Lepasi 2,000 Kes, 3 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 11:03AM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus COVID-19 setakat ini adalah 4,828,290 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kekal melepasi 2,000 kes dengan 2,070 kes direkodkan semalam berbanding 2,245 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,828,290 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,067 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tiga lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi dilaporkan di Johor dengan dua kes manakala satu kes lagi di Perak.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,345 kes setakat ini dengan 7,730 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 25,717 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4 peratus atau 24,528 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, satu kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,134 orang atau 4.4 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 54 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,009 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,766,228 kes. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar