web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pekerja Kilang Kertas Gergasi Sabah Bingung Diusir Tanpa Prospek Pekerjaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 11:03AM

Bekas pekerja SFI kini bimbang akan nasib merea, terutama selepas dminta mengosongkan kuarters mereka pada akhir bulan depan. - Gambar dari Facebook Sabah Forest Industries

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIPITANG  Kira-kira 600 pekerja Sabah Forest Industries (SFI) yang diberhentikan kerja selepas syarikat itu muflis perlu mengosongkan kuarters mereka di tapak estet dan kilang kertas tersebut pada akhir Oktober depan kerana kerajaan negeri mahu mengambil semula tanah berkenaan.

Mereka telah tinggal di sana selepas SFI menjadi syarikat yang diletakkan di bawah perintah Penerimaan pada 2017 di bawah syarat pemberhentian mereka.

Sebahagian daripada mereka telah menetap di sana agak lama, kira-kira lebih 30 tahun ketika kilang kertas itu berada di zaman kegemilangannya.

Syarat pemberhentian termasuk membenarkan pekerja tinggal di kuarters sementara kerajaan negeri memutuskan masa depan SFI.

Ia sekali gus memberi harapan kepada pekerja bahawa mereka mungkin mendapat pekerjaan semula.

Bagaimanapun pada 5 September lalu, Jabatan Tanah dan Survei Sabah mengeluarkan notis penambakan bagi tanah seluas 46.033 hektar itu termasuk kuarters pekerja SFI.

Notis itu berikutan pewartaan tanah untuk “Skim Penggunaan Kayu Hutan, Pemprosesan, Pengurusan, Pemuliharaan, Penyelidikan dan Pembangunan Lestari” pada 28 Julai lalu.

Tidak diketahui apa maksudnya pewartaan itu untuk kilang kertas dan estet di tapak berkenaan.

Nasib serta kebajikan pekerja SFI kini terumbang-ambing, dan masih tiada penyelesaian untuk pekerjaan mereka, kata seorang bekas pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Jeffrey, kepada The Vibes.

“Kami berada dalam kesamaran manakala banyak perkara adalah khabar angin. Hanya Grant Thornton dan kerajaan negeri yang tahu apa mereka rancangkan untuk SFI.

“Baru minggu lepas, kami diberitahu untuk mula membayar bekalan elektrik dan air. Ia sebelum ini dibayar oleh syarikat.

“Tetapi jelas, tidak ada rancangan keluar untuk pekerja serta perlindungan kebajikan kami,” kata Jeffrey.

Grant Thornton ialah firma yang diletakkan di bawah perintah Penerimaan SFI.

Kilang kertas dan estet itu telah menjadi syarikat yang diletakkan di bawah perintah Penerimaan pada 2017, dan pada 2021 ia diarahkan untuk menamatkan hutang RM2.6 juta.

Sebuah konsortium yang diketuai kerajaan negeri untuk memulihkan SFI diumumkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah awal tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, konsortium itu akan dianggotai tiga entiti iaitu Yayasan Sabah dan dua lagi syarikat swasta.

Di sebalik pengumuman ini, tiada perkembangan mengenai nasib pekerja yang diberhentikan atau jika mereka akan diberi pekerjaan di SFI yang ‘dihidupkan’ semula.

Jeffrey berkata, pekerja cuba mendapatkan beberapa pemimpin negeri termasuk Hajiji, setiausaha kerajaan negeri, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Yusof Yaacob untuk campur tangan tetapi tidak berjaya.

“Rabu lalu, kami menulis surat lagi kepada Ketua Menteri dan selepas itu berjumpa Yusof berhubung perkara ini.

“Tetapi kami difahamkan bahawa keadaan hanya akan menjadi lebih buruk untuk kami semua.

“Agak jelas bahawa penyelesaian telah ditemui untuk SFI, tetapi bukan untuk kebajikan pekerja. Apa yang akan berlaku kepada kami?” soalnya.

Dalam konsortium yang diterajui kerajaan negeri, ia dikatakan mempunyai 15 peratus ekuiti dalam SFI, berbanding 1.8 peratus sebelum ini.

Nama kedua-dua syarikat terbabit belum diumumkan tetapi menurut SFI, satu daripadanya ialah Pelangi Prestasi Sdn Bhd manakala satu lagi dikatakan syarikat keluli. 

Kira-kira 600 pekerja SFI telah menetap di kuarters kilang ini, ketika zaman kegemilangannya. - Gambar oleh Jason Santos
Kira-kira 600 pekerja SFI telah menetap di kuarters kilang ini, ketika zaman kegemilangannya. - Gambar oleh Jason Santos

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Vibes bahawa pemulihan semula SFI oleh konsortium itu tidak termasuk butiran sama ada pekerja yang diberhentikan sebelum ini akan diambil semula.

Kini nampaknya notis pengusiran itu bermakna pekerja yang diberhentikan itu tidak akan menjadi sebahagian daripada rancangan konsortium itu, tambah sumber berkenaan.

“Jelas sekali, tiada strategi keluar untuk pekerja dan tiada tanggungjawab sosial terhadap kebajikan kami oleh kerajaan negeri. Keutamaan syarikat terbabit lebih penting daripada pekerja,” katanya.

Seorang lagi pekerja SFI yang mahu dikenali sebagai Ronnie berkata, kilang kertas itu telah memberi manfaat kepada ekonomi tempatan Sipitang.

Kira-kira 1,600 warga tempatan telah bekerja semasa kemuncak SFI pada 1980-an, sama ada sebagai pekerja atau kontraktor pihak ketiga.

Ronnie berkata, kira-kira RM4 juta sebulan telah dijana dan sebahagian besar wang itu kembali kepada ekonomi tempatan.

Katanya, ekonomi Sipitang terjejas teruk sejak penutupan SFI pada 2017, dan walaupun Loji Urea Ammonia Sabah milik PETRONAS di kawasan sama menyediakan pekerjaan, janaan ekonomi tidak sehebat SFI kerana peluang pekerjaan semakin berkurangan.

Ronnie juga berkata, beberapa bekas pekerja bekerja di luar Sipitang tetapi keluarga mereka masih menetap di kuarters SFI.

Tambahnya lagi, anak-anak mereka juga bersekolah rendah dan menengah di sini dan sekolah tersebut mungkin terpaksa ditutup jika pelajar yang ibu bapanya tinggal di kuarters SFI diusir. - The Vibes, 24 September 2022

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 23 jam yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 13 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad