Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkukuh Amalan, Kemudahan Biosekuriti Banteras Demam Babi Afrika

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 7:01PM

Jurucakap DVS berkata, penternak babi komersial tidak dibenarkan menghantar babi ke rumah sembelihan, sekiranya wujud tanda klinikal disyaki penyakit di ladang - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menggesa penternak babi komersial memperkukuh amalan dan kemudahan biosekuriti demi mencegah kemasukan penyakit demam babi afrika (ASF).

Jurucakap DVS berkata, penternak juga tidak dibenarkan menghantar babi ke rumah sembelihan, sekiranya wujud tanda klinikal disyaki penyakit di ladang.

Menurutnya, kenderaan pengangkut haiwan itu mesti melalui proses disinfeksi secara menyeluruh, meliputi permukaan luar dan dalam lori, di samping sebelum serta ketika keluar dari kawasan penyembelihan.

“Proses disinfeksi ini meliputi keseluruhan termasuk pakaian dan peralatan ladang menggunakan disinfektan yang bersesuaian mengikut sukatan dan bancuhan dinyatakan pada label.

“Pagar perimeter mestilah lengkap bagi mengelak pencerobohan orang dan haiwan liar, termasuk babi hutan,” katanya hari ini.

Dalam usaha mengekang penularan ASF, DVS mengingatkan pelawat untuk tidak berkongsi kenderaan pengangkut babi dengan ladang di kawasan lain.

Agensi kerajaan itu juga menggesa penternak dan pekerja ladang tidak melawat ladang babi di tempat lain bagi mengurangkan risiko jangkitan ASF.

“Mereka mesti melalui proses disinfeksi sebelum dan selepas keluar dari kawasan ladang. 

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak membeli babi hidup secara terus dari ladang atau kenderaan pengangkut babi, selain diminta agar tidak panik kerana penyakit ASF adalah tidak zoonotik (tidak berjangkit kepada manusia),” katanya.

Mengulas mengenai ASF di dua ladang komersial ternakan itu di Kerian, Perak, DVS berkata, penghapusan dan pelupusan bangkai binatang itu sudah dilakukan.

Jelasnya, pihaknya ketika ini sedang melakukan penyitaan, penutupan dan proses disinfeksi ke atas dua ladang babi komersial tersebut.

“DVS juga sudah membuat pemantauan (survelan), pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial dalam kawasan terjangkit (Zon Pemantauan/Survelan), termasuk rumah sembelihan di negeri lain di Semenanjung Malaysia. 

“Survelan lapangan, siasatan serta persampelan pada babi komersial dipergiatkan lagi di ladang dan rumah sembelihan, di samping syarat pindah babi dengan produk babi dari Perak ke seluruh Semenanjung sudah diperketatkan,” katanya.

Dalam pada itu, agensi terbabit mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan serta aduan kematian di Kerian.

“Orang ramai perlu melaporkan segera jika kematian luar biasa melebihi lima ekor sehari tanpa mengira peringkat umur di ladang babi komersial, (selain) kematian luar biasa melebihi tiga ekor sehari di rumah sembelihan.

“Semua penternak babi, doktor veterinar swasta (servicing vet), penyembelih (butcher), operator rumah sembelihan dan penangkap babi (pig catcher) perlu juga melaporkan sekiranya ada tanda klinikal disyaki penyakit berjangkit di ladang babi serta rumah sembelihan.

“DVS boleh dihubungi melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri (PPVN) berdekatan atau terus ke Hotline Bilik Pengurusan Krisis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya menerusi talian 03-88702041,” katanya.

Sebelum ini, DVS mengesahkan kejadian penyakit ASF di dua ladang komersial ternakan itu di Kerian, Perak pada 17 dan 18 September lalu.

Katanya, perkara itu disahkan melalui ujian reaksi rantai polimerase oleh Institut Penyelidikan Veterinar dan tindakan kawalan serta pencegahan rebakan penyakit ASF sudah dilaksanakan. - Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Bebas Penyakit Kuda Afrika - Jabatan Veterinar 

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

3

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

4

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

5

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

6

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

7

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Ada Masalah Dengan Pesawat, Kesihatan Anggota - TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Simbah Asid: Polis Ekstrak Kesan Cap Jari Suspek 

Semasa 2 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol