web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Bebas Tuduhan Rasuah Sistem Visa Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 11:41AM

Ahmad Zahid memotong pulut kuning selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan semua pertuduhan ke atasnya melibatkan VLN. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini membebaskan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas 40 tuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zahid, yang juga Presiden UMNO, atas semua pertuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya, Yazid menjelaskan bahawa saksi utama pihak pendakwaan iaitu dua bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani serta bekas pengurus pentadbiran firma itu, David Tan Siong Sun tidak memberikan bukti yang boleh dipercayai mahkamah.

Ketiga-tiga saksi memberi keterangan kepada mahkamah berdasarkan lejar derma politik yang didakwa dalam milikan syarikat itu.

“Mengenai kewajaran yang diberikan dalam lejar, (ia adalah) konsisten dengan penemuan saya sebelum ini bahawa saksi pendakwaan 15 (Tan), 16, (Lee) dan 17 (Wan Quoris) adalah tidak boleh dipercayai dan telah mendasarkan bukti mereka pada lejar.

"Oleh itu, saya mendapati bahawa tiada kewajaran harus diberikan kepada lejar," katanya.

Yazid juga berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan penerimaan wang yang didakwa diberikan kepada Zahid oleh UKSB.

Sebahagian daripada penyokong Ahmad Zahid yang datang memberikan sokongan kepadanya hari ini.
Sebahagian daripada penyokong Ahmad Zahid yang datang memberikan sokongan kepadanya hari ini.

Beliau membandingkannya dengan perbicaraan rasuah projek hibrid solar Sarawak Datin Seri Rosmah Mansor, di mana pihak pendakwaan telah memanggil saksi, termasuk juruwang bank dan pemandu bekas eksekutif Jepak Holdings Sdn Bhd, untuk berjaya membuktikan jejak wang yang diberikan kepadanya.

Selepas Yazid menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka, laungan "Allahuakbar!" boleh didengari dari galeri awam bilik mahkamah.

Berbaju melayu serba putih dan berseluar slack hitam, Zahid kelihatan gembira apabila keputusan itu dibacakan.

Terdahulu, Ahmad Zahid, 69, dilihat berjalan bersama kira-kira 100 para penyokong berpakaian serba hitam dan putih dari pintu utama Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke lobi bangunan itu sekitar 8.50 pagi.

Beliau turut diiringi Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Sebelum itu, barisan pendakwa raya dan pasukan pembelaan Ahmad Zahid tiba di lobi bangunan itu bermula sekitar 8.15 pagi.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Hisyam Teh Poh Teik
Hisyam Teh Poh Teik

Kira-kira 100 pengamal media dari dalam dan luar negara mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan kes tersebut dan penyokong Ahmad Zahid dilihat berkumpul di pintu pagar utama mahkamah sekitar jam 8 pagi dengan membawa kain rentang tertera ‘Solidariti 4 AZH’.

Petugas media menunggu sejak jam 7 pagi tadi bagi membuat liputan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi.
Petugas media menunggu sejak jam 7 pagi tadi bagi membuat liputan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berdepan 33 tuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Suapan yang diterima itu juga bagi mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama, oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu. – The Vibes, 23 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad