web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Dakwaan Hampir Berlaku Penculikan Di SK Sri Wangi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 10:35AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Polis masih menyiasat dakwaan hampir berlaku insiden penculikan melibatkan dua murid Sekolah Kebangsaan Sri Wangi di sini pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata siasatan dilakukan susulan penularan pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu.

Beliau berkata susulan itu, pihak sekolah telah bertemu dan bertanya kepada murid terbabit.

“Kejadian pertama pada Isnin kira-kira 5 petang membabitkan murid Tahun 4 yang mendakwa dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta Perodua Kancil warna putih di sebelah jalan menghala ke Gua Musang telah memanggilnya namun tidak dihiraukan.

“Kejadian kedua pada Selasa kira-kira 5 petang melibatkan murid Tahun 1 yang mendakwa dipanggil dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta Perodua Myvi warna kelabu namun murid terbabit juga tidak menghiraukan panggilan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Sik berkata susulan kejadian itu, pihak sekolah meminta polis melakukan rondaan dan pemantauan  semasa murid sesi pagi pulang pada 12.45 tengah hari dan ketika murid pulang selepas Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) pada 4.45 petang.

“Diharap ibu bapa dan penjaga mengambil anak masing-masing tepat pada waktunya dan juga nasihatkan mereka jangan bermain di luar kawasan sekolah serta jaga keselamatan diri,” katanya sambil mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad