Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembangunan Semula KDE: Banjir, Risiko Pencemaran Jejas Penduduk Taman TAR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 11:53AM

Kelab Darul Ehsan dikatakan akan menjalani projek pembangunan semula sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan yang bimbang dengan pencemaran dan risiko banjir, serta gangguan landskap. - Gambar dari Facebook Jason Seah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG JAYA - Penduduk Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) di sini resah kemungkinan berlaku kerosakan alam sekitar yang lebih teruk termasuk banjir yang akan memberi kesan kepada komuniti di situ jika pembangunan semula kelab golf, Kelab Darul Ehsan (KDE) dilaksanakan.

Kebimbangan mereka dibangkitkan semasa sesi pendengaran draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2035 yang diadakan di ibu pejabatnya semalam.

Hampir 40 penduduk Taman TAR hadir, dengan beberapa wakil menyuarakan kebimbangan secara kolektif mengenai keadaan banjir yang semakin meruncing, serta pencemaran bunyi, udara dan sisa, antara isu lain, berpunca daripada pembangunan semula besar-besaran dikatakan kelab golf tersebut.

Padang golf sembilan lubang itu terletak di atas tanah seluas 26.3 hektar dan diapit kawasan hutan serta beberapa kawasan kejiranan mewah.

Ia dimiliki secara persendirian oleh Berjaya Land Bhd iaitu anak syarikat Berjaya Corp.

Taman Tun Abdul Razak, atau Taman TAR ialah kawasan kejiranan mewah yang kebanyakannya didiami oleh pesara. - Gambar dari Facebook Taman TAR
Taman Tun Abdul Razak, atau Taman TAR ialah kawasan kejiranan mewah yang kebanyakannya didiami oleh pesara. - Gambar dari Facebook Taman TAR

Menurut dokumen yang dilihat The Vibes, pelan pembangunan semula itu akan menyaksikan kelab golf berkenaan dibahagikan kepada beberapa petak pembangunan, termasuk pembinaan 243 unit banglo, 50 unit rumah bersambung dan sebuah rumah kelab.

Sesi pendengaran itu terbuka kepada orang ramai untuk menyuarakan bantahan atau cadangan kepada MPAJ dan wakil kerajaan Selangor berhubung pelan perancangan bandar tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak dibuka kepada media.

Seorang penduduk yang prihatin membangkitkan fakta bahawa terdapat beberapa anak sungai merentasi kelab golf tersebut dan sebarang potensi pembangunan akan meningkatkan risiko banjir di kawasan itu.

Kawasan berkenaan sudah dianggap sebagai kawasan tadahan air.

“Dengan menebang pokok dan meletakkan konkrit, banjir pasti akan berlaku terutamanya dengan keadaan cuaca tidak menentu akibat perubahan iklim,” kata penduduk.

Semasa sesi itu, beberapa penduduk lain memberi amaran bahawa Taman TAR dan Ukay Heights telah berdepan beberapa kejadian banjir kilat.

Pembangunan yang dikatakan KDE itu juga boleh mengganggu keadaan kehidupan masyarakat sekeliling yang tenang dan damai.

Kebimbangan turut dibangkitkan mengenai jalan kediaman di sekitarnya tidak dapat menampung ratusan kenderaan pembinaan yang keluar masuk kawasan itu jika KDE dibangunkan.

Begitu juga, pencemaran bunyi, udara dan bahan buangan turut diutarakan sebagai isu kritikal.

Seorang lagi penduduk membangkitkan kebimbangan bahawa sistem pengairan dan bekalan air yang semakin uzur di kawasan kejiranan itu boleh terus terganggu oleh pembangunan tersebut.

Taman TAR yang terletak bersebelahan KDE kebanyakannya dihuni oleh golongan pesara, dan ia dianggap sebagai komuniti yang semakin tua, menurut seorang penduduk lama. 

Penduduk tempatan juga membangkitkan fakta bahawa Taman TAR pada asalnya dirancang untuk memasukkan ruang hijau khusus iaitu ciri-ciri yang menarik ramai pelanggan untuk membeli rumah di kawasan itu. 

'Pembangunan tidak boleh diteruskan tanpa kelulusan komuniti' 

KDE dizonkan sebagai tanah persendirian untuk sukan dan rekreasi.

Malah, telah dinyatakan bahawa ia masih diwartakan untuk sukan dan rekreasi dalam draf rancangan tempatan MPAJ.

Seorang penduduk mendakwa bahawa "semua" penduduk Taman TAR bersetuju ia harus kekal sedemikian.

Bagi menukar status kepada tanah kediaman, Kelab Darul Ehsan perlu mendapatkan dua pertiga daripada sokongan masyarakat serta ahli kelab.- Gambar ihsan GolfLux.com
Bagi menukar status kepada tanah kediaman, Kelab Darul Ehsan perlu mendapatkan dua pertiga daripada sokongan masyarakat serta ahli kelab.- Gambar ihsan GolfLux.com

Penduduk berkali-kali menegaskan semasa sesi pendengaran bahawa mereka akan membantah sebarang usaha status tanah itu diubah, sekali gus membuka laluan kepada pembangunan semula tersebut.

Salah satu prasyarat untuk perubahan tersebut ialah mesti ada sekurang-kurangnya dua pertiga kelulusan daripada masyarakat setempat.

Walaupun penduduk mengakui tanah itu milik persendirian, mereka menegaskan bahawa mana-mana pihak yang mahukan perubahan statusnya mesti mendapat sokongan sewajarnya daripada masyarakat setempat.

"Mereka juga perlu mendapat sokongan dua pertiga daripada ahli kelab, selain daripada masyarakat tempatan," kata seorang penduduk semasa sesi pendengaran.

Selepas tamat sesi itu, seorang penduduk Taman TAR menjelaskan bahawa mereka lebih suka MPAJ menjadi pengantara mana-mana mesyuarat antara pihak yang mengintai pembangunan di tanah itu dan pihak berkepentingan berkaitan, bagi mengelakkan sebarang salah faham. - The Vibes, 23 September 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Politik 1 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad