Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Menteri Kabinet Gagal, Apa PM Akan Buat? - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:05PM

Lim Guan Eng menyenaraikan 10 Menteri Kabinet yang didakwanya gagal mencapai gred sebagai menteri. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan 10 menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa menonjol kerana gagal mencapai gred sebagai menteri. 

Guan Eng secara sinis turut menggesa Ismail Sabri memanfaatkan penerbangan yang panjang ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat (AS) dengan 'merenung' kembali prestasi anggota Kabinetnya. 

Menteri pertama yang gagal katanya, ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana didakwa menyelia pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion dan skandal perolehan pertahanan lain, melibatkan berbilion ringgit. 

"Skandal paling keterlaluan ini melibatkan pembayaran RM6 bilion tanpa satu kapal pun siap. Hishammuddin malah telah melancarkan LCS yang tidak lengkap pada 2017 dengan tiang palsu berharga RM400,000 yang kemudiannya dilupuskan," katanya.

Turut disifatkan gagal jelas Guan Eng, ialah tiga Menteri PAS iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Ahmad; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, ketiga-tiga pemimpin parti tersebut telah dilabel oleh penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff sebagai tidak cekap. 

“Menteri kelima dalam senarai gagal mencapai gred ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan kerana didakwa gagal menunaikan janjinya untuk menyelesaikan kekurangan buruh asing,” katanya.

Tambah beliau, hanya 47,000 buruh asing dilaporkan dibawa masuk dengan kadar kejayaan hanya 12 peratus daripada 385,000 kelulusan yang diberikannya sejak Januari lalu.

"Keenam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kerana berdegil menolak untuk memberikan pengecualian kepada dasar kabotaj yang akan membenarkan kapal asing membaiki kabel dasar laut, menyebabkan kerugian berbilion ringgit pelaburan digital dan memberikan fakta salah yang begitu menyedihkan mengenai nahas helikopter baru-baru ini di Bidor," tambahnya.

Menduduki tanggak ketujuh jelas Guan Eng , ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang jelas gagal mempertahankan maruah wanita dan menutup mata terhadap diskriminasi gender.  

“Kelapan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kerana kegagalan yang teruk untuk membendung inflasi apabila beliau mengambil alih pasukan petugas khas Kabinet menangani inflasi Jun lalu, tetapi pada masa sama kadar inflasi dan inflasi makanan telah meningkat.

"Ini menyebabkan Bank Negara menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus untuk mengawal inflasi," katanya.

Beliau menjelaskan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berada di tangga kesembilan kerana gagal mencari penyelesaian ke arah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk selain projek tebatan banjir di ibu negara. 

"Shahidan lupa bahawa Kuala Lumpur adalah bandar antarabangsa dan mengamalkan dasar ekstremis PAS dengan mengambil langkah ke arah mengharamkan konsert artis antarabangsa serta melarang penjualan arak di kedai ubat tradisional Cina," ujarnya. 

Menteri kesepuluh, kata Guan Eng, ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana gagal menguruskan ekonomi.

"Ini di mana Ismail Sabri telah mempersoalkan kritikan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pengurusan ekonomi yang gagal berkaitan pengendalian inflasi dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS, dolar Singapura dan rupiah Indonesia," tambahnya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut melontarkan persoalan, sama ada Perdana Menteri akan melakukan apa yang sepatutnya terhadap semua menteri yang gagal bagi mengurangkan penderitaan rakyat Malaysia.

"Atau adakah beliau akan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini untuk menutup prestasi gagal kerajaannya,” katanya. - Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombakan Kabinet Perlu Jika Prestasi Menteri Kabinet Meleset - Anwar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 4 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 7 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri