web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kembali Lepasi 2,000 Kes, 6 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 12:25PM

Jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti COVID-19 sehingga kini adalah 4,823,975 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka baharu COVID-19 di negara ini kembali melepasi 2,000 kes dengan 2,111 kes direkodkan semalam berbanding 1,667 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,823,975 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,106 kes tempatan dan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak enam lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi dilaporkan di Perak dengan empat kes manakala dua lagi di Selangor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36, 330 kes setakat ini dengan 7,722 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 25,327 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4 peratus atau 24,169 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, tiada kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,101 orang atau 4.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 57 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 37 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,493 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,762,318 kes. - Getaran, 22 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad