web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Pihak Tidak Boleh 'Bersilat' Menidakkan 'Gajah' Rasuah - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 10:40AM

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (dua dari kiri) melancarkan Buku ‘Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ di Shah Alam, Selangor, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, semua pihak tidak boleh ‘bersilat’ dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata. 

Baginda bertitah, Malaysia telah jatuh daripada kedudukan ke-57 dan mencatat skor 52 pada 2020 ke kedudukan ke-62 dengan skor 48, tahun lalu dalam penilaian oleh badan Transparency International (TI).

Kini, titah baginda, Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.

“Rasuah ialah penyakit dalam masyarakat, penyakit bersifat barah, penyakit yang menjalar sedikit demi sedikit, merosakkan satu persatu organ organisasi. 

“Hingga akhirnya melumpuhkan organisasi dan membawa maut jika dibiarkan merebak tanpa disegerakan rawatan kemoterapi,” titah baginda pada majlis pelancaran Buku ‘Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Nazrin bertitah, penilaian keadaan rasuah wajib dilakukan secara jujur, ikhlas, objektif dan berfakta sebagai bukti bahawa semua pihak serius dalam membendung malah berhasrat mahu memerangi dan menghapuskan rasuah. 

“Rasuah dikenal pasti sebagai salah satu sebab utama yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada mendapat perkhidmatan, serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik. 

“Rasuah mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara,” titah baginda. 

Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Buku ‘Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Buku ‘Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta pelbagai agensi dan jabatan lain antaranya, hendaklah dijadikan cermin serta dianggap petunjuk kepada situasi rasuah yang berlaku. 

Malah titah baginda, perkara seperti jalan raya berlopak, longkang tersumbat, bangunan runtuh, bumbung bocor, pencemaran alam, penerokaan haram, rumput dan taman yang tidak terurus, masing- masing mempunyai bahasa tersendiri untuk menyampaikan mesej terhadap standard tadbir urus yang sedang berlaku. 

“Sikap dan tindak balas terhadap perkara berkaitan akan menentukan sama ada amalan rasuah mahu dibendung secara bersungguh atau dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga. 

“Sifat responsif, segera melakukan pembetulan bukan sahaja dapat membendung salah laku tadbir urus, malah akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” titah baginda lagi. 

Baginda bertitah, banyak negara dianugerahi rahmat Allah dengan pelbagai sumber kekayaan tetapi kerana rasuah, ada negara yang terbenam dalam kemelut kemunduran manakala ada yang tertimbus dalam lumpur kemiskinan. 

“Kekayaan negara disalah guna, hasil mahsul lesap,” titah baginda.

Akibatnya, baginda bertitah, kemunduran terus melanda manakala kemiskinan semakin merebak. 

Titah baginda, apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, perlakuan tersebut akan tumbuh melebar serta subur membesar lalu diterima sebagai norma dan meresap menjadi budaya serta akhirnya memusnahkan sesebuah negara bangsa.

“Sesuatu penyakit akan dapat dirawat jika pesakit menyedari badannya berpenyakit, mengakui dia menghidap penyakit, bersedia membenarkan tubuh badannya diuji, diperiksa dan dinilai, terbuka menerima nasihat, teguran dan preskripsi.

“Dan lebih utama (pesakit), bersedia menerima rawatan walaupun terpaksa mengambil ubat yang pahit,” titah baginda. - Getaran, 22 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar