Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tetap Harga Siling Produk F&B Di Hospital, Hapuskan Monopoli Peniaga Makanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Sep 2022 7:02AM

Dr Zainal berkata sikap menaikkan harga sesuka hati membuatkan orang awam dibebani dengan harga mahal. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menetapkan harga siling ke atas semua produk makanan dan minuman (F&B) yang dijual di kantin hospital awam, demi memastikan kebajikan pesakit atau keluarga terpelihara.

Lonjakan harga produk seumpama itu, hingga ada dianggap sebagai ‘tidak masuk akal’ bukan sahaja menjejaskan nama baik hospital, tetapi juga disifatkan sebagai satu penganiayaan kepada pesakit atau waris yang datang berziarah.

Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kenaikan harga apatah lagi untuk golongan kurang berkemampuan pastinya membebankan.

Menurut beliau, ‘permainan’ harga yang keterlaluan juga akan merencatkan persaingan sihat dalam kalangan peniaga.

“Perbuatan meletakkan harga terlalu tinggi sedikit sebanyak merosakkan aliran perniagaan dan membunuh persaingan sihat sesama peniaga yang ada di situ.

“Apabila persaingan sihat tidak lagi wujud dan bilangan peniaga kian berkurangan, pasti ada yang berani mengenakan caj melampau ke atas makanan serta minuman dijual,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Dr Zainal berkata, sikap menaikkan harga sesuka hati membuatkan orang awam dibebani dengan harga mahal.

“Wujudnya sikap begitu membuatkan masyarakat awam yang datang ke hospital terpaksa membeli makanan atau minuman dengan harga mahal. Isu ini tidak bagus dan sebenarnya dari dulu lagi ramai sudah mengadu.

“Kantin hospital ini lebih memikirkan bisnes dan tidak mempunyai subsidi seperti kantin di sekolah. Sebab itu, peningkatan harga makanan bergantung kepada kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau sehubungan itu menggesa  Kementerian Kesihatan (KKM) dan pentadbiran hospital melakukan pemantauan berkala di seluruh negara secara terperinci setiap harga makanan yang dijual di institusi kesihatan tersebut.

“Dari dulu bila buka tender kantin, berebut-rebut yang masuk itu senaraikan harga yang munasabah, tidak terlalu tinggi namun tidak pasti sekiranya ia masih dilaksanakan. Jadi, pantau agar kedai makan di hospital tidak menjual dengan harga tidak masuk akal.

“Bukan setakat rakyat, saya yang pergi hospital pun memang merasai harganya lebih mahal sedikit dari luar. Jadi, saya minta elok KKM atau pihak terlibat dapat memantau serta meletakkan harga syiling makanan di hospital bagi mengawalnya kerana kita tidak mahu lagi rakyat terpaksa membeli dengan harga mahal,” katanya.

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Nur Munira meluahkan kekecewaan di Facebook, apabila seorang pemilik kafe meletakkan harga sehingga RM9 pada sebungkus nasi campur dibelinya.

Hanya berlaukkan seketul ayam dan telur masin, harga tersebut dianggap melampau, apatah lagi ia dijual di kantin sebuah hospital awam.

“Nasi dekat cafe hospital RM9...terkejut mak dengan kakitangan (hospital) pon rasa terkejut.

“Kalau makcik, pakcik bawa duit cukup-cukup, kesianlah…ke memang harga (di hospital) sudah begini. Ini sudah sama dengan harga Food Panda punya makanan,” katanya. 

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman melahirkan pendapat senada dan berpandangan, tidak sewajarnya pengusaha kantin di hospital mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

“Kalau hospital caj sewa dengan harga rendah kepada pengusaha kantin di hospital, memang tidak patut untuk mereka menjual makanan seperti di restoran ataupun kedai makan di luar sana.

“Seharusnya mereka menjual dengan harga biasa atau lebih murah. Tidak sepatutnya jualan di hospital tinggi (mahal) sebab bukannya buka restoran mereka di pusat membeli belah yang memerlukan peniaga membayar sewa pada kadar tinggi,” katanya.

Menurut beliau, pemilik atau pengusaha kantin boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kerana dengan sewenangnya menaikkan harga makanan di hospital.

“Lakukan pemantauan di seluruh premis makanan di hospital sebab kalau macam restoran seperti Starbucks, orang ramai (datang) dan boleh bayangkan kalau minum di situ, mereka perlu membayar dengan harga yang mahal tapi takkan makanan di kantin hospital harganya nak dekat sama.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Memang sudah wujud beberapa nama jenama mewah di fasiliti terbabit, sebab itu perlu adanya restoran atau kantin menjual makanan di hospital dengan kadar berpatutan bagi meringankan beban rakyat,” katanya. - Getaran, 22 September 2022.





 

Sorotan

1

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 jam yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis