web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi Pos Miliki Kelemahan, SPR Digesa Laksana 3 Tuntutan Tambah Baik Sistem

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 6:31PM

VoteMalaysia mengesan beberapa kelemahan dalam proses undi pos, terutama ke atas penuntut universiti di luar negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memanjangkan tempoh pendaftaran pemilih bagi membolehkan penghantaran semula kertas undi pos ke Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Gerakan VoteMalaysia berkata, pihaknya mengesan beberapa kelemahan dalam proses pengundian yang menggunakan kaedah seumpama itu, terutama ke atas penuntut universiti di luar negara.

Disertai beberapa persatuan penuntut luar negara termasuk Persatuan Pengundi Muda (Undi18), gerakan terbabit mendesak SPR segera melaksanakan kesemua tiga tuntutan yang dibuat.

Pengerusi United Kingdom dan Eire Council for Malaysian Students (UKEC), Syed Rifqi Najmuddin Syed Azidi berkata, tempoh 10 hari untuk pengundi luar negara mendaftar dan waktu berkempen selama dua minggu adalah terlalu singkat, malah tidak memadai untuk proses pengundian secara pos.

Menurut beliau, tempoh berkempen itu seharusnya dilanjutkan sehingga 21 hari bagi membolehkan segala urusan berkaitan proses dapat disempurnakan dengan baik.

“Saranan ini adalah dengan mengambil kira pengalaman dan maklum balas yang dikumpulkan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu,” katanya ketika ditemui pada sidang media bersama di sini hari ini.

Beliau yang mewakili gerakan tersebut berkata, Kedutaan Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi diminta memainkan peranan proaktif bagi memudahkan sesi pengundian secara pos itu dijalankan, sekali gus membolehkan tanggungjawab mengundi dilaksanakan secara efektif.

“SPR perlu menyediakan aturan logistik yang sesuai untuk menghantar kertas undi ke Malaysia dan mewujudkan sistem khas bagi mengemaskini status penghantaran pengundi.

“Kedutaan, agensi kerajaan serta suruhanjaya tinggi harus berfungsi sebagai pusat pengundi dan menjadi lokasi untuk kertas undi diterima atau dihantar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Badan Perhubungan Negara UK dan EIRE (BPNUK), Izlan Ismail berkata, langkah proaktif termasuk mengkaji pilihan mengundi dalam talian, memuat turun dan mencetak kertas pos serta membenarkan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai perlu dipertimbangkan, agar proses penghantaran dapat tanpa sebarang kelewatan.

“Ada pengundi berdaftar di United Kingdom menerima kertas undi dengan begitu lewat kerana kelemahan perkhidmatan kurier digunakan oleh SPR.

“Kajian juga mendapati, lebih daripada 46 peratus pengundi berdaftar lewat atau tidak langsung menerima kertas undi masing-masing,” katanya.

Jelas beliau, ada juga kertas undi dihantar ke alamat yang salah, termasuk ke negara lain seperti Singapura.

“Mengambil kira semua kelemahan itu, kami yakin kesemua tuntutan berkenaan jika dilaksanakan kerajaan, mampu menambah baik proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara,” katanya.

Sementara itu, pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri berkata, pelaksanaan kesemua tuntutan berkenaan memudahkan mereka mengatur langkah untuk mendidik generasi muda berhubung tanggungjawab mengundi.

“Jika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh meluluskan Rang Undang-Undang Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dan beberapa reformasi Parlimen yang lain, mengapa tidak (lakukan perubahan) pada undi pos juga? Jika kerajaan benar-benar mahu melaksanakan prinsip Keluarga Malaysia, berilah orang muda mengundi dengan mudah,” katanya. – Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Rugi RM1.66 Juta Akibat Kelemahan Kutipan Sewa Kuarters Di Putrajaya

2

Politik 3 tahun yang lalu

MCA Adakan AGM Secara Tertutup Tahun Ini

3

Politik 3 tahun yang lalu

Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

4

Politik 3 tahun yang lalu

PH Tidak Letak Syarat Bentuk Kerajaan Negeri - Wan Rosdy

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad