web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ucapan RIP, Pandangan Mufti Perlu Jadi Rujukan Umat Islam - Idris

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 7:02AM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Kita pakai pandangan mufti kita.”

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bagi mengulas pendapat sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol berkenaan ucapan 'rest in peace' (RIP) dizahirkan kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Beliau dilaporkan berkata, pandangan mufti dan ulama tempatan perlu menjadi rujukan umat Islam di negara ini berhubung perkara tersebut.

Mustafa Akyol - Gambar dari Daily Express
Mustafa Akyol - Gambar dari Daily Express

Terdahulu Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah dalam kenyataan memaklumkan bahawa umat Islam tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi bukan Islam dan dilarang mengucapkan 'Rest in Peace' atau 'RIP'.

Beliau berkata, Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.

Katanya, namun ucapan RIP dilarang kerana hukum itu jelas termaktub dalam nas yang bersandarkan kepada ayat al-Quran dan hadis.

Luqman memberi penerangan itu bagi menjawab persoalan seorang individu mengenai pandangan sebenar Islam terhadap isu ucapan R.I.P, supaya ia tidak menjadi polemik tidak berkesudahan.

Isu R.I.P oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ini kembali diperdebatkan warga internet susulan kematian Ratu Britain, Ratu Elizabeth II, baru-baru ini

Bagaimanapun, Akyol berpendapat orang Islam boleh mengucapkan 'RIP' bagi menzahirkan takziah kepada bukan Islam yang meninggal dunia atas hujah belas kasihan Allah tidak tertakluk kepada orang Islam sahaja.

Akyol dilaporkan berkata, kenyataan Luqman mengenai larangan ucapan 'RIP' adalah pandangan biasa orang Islam hari ini mengenai hari akhirat, iaitu bukan Islam ditempatkan di neraka dan orang Islam tidak dibenar mendoakan roh mereka.

Jelasnya lagi, pandangan itu wujud kerana tradisi Islam arus perdana, yang dicipta ketika zaman konflik keagamaan dan keagungan tidak dapat menerima 'mesej toleransi dan universal al-Quran'. – Getaran, 21 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar