web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenayah Penderaan Kanak-Kanak Membimbangkan, Tindakan Penguatkuasaan Lebih Tegas Perlu Diambil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 8:36PM

Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berkata, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diambil agar kanak-kanak dapat dilindungi daripada terus menjadi mangsa. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa mengambil pendekatan lebih serius terhadap jenayah penderaan kanak-kanak yang berada pada tahap sangat membimbangkan ketika ini.

Isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berkata, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diambil agar kanak-kanak dapat dilindungi daripada terus menjadi mangsa.

Jelasnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), sebanyak 1,055 kes penderaan direkodkan bermula Januari hingga Jun tahun ini.

“Saya mengambil maklum tentang kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai menjadi mangsa penderaan dan berjaya diselamatkan pihak berkuasa di Selangor pada 16 September lalu.

“Impak penderaan sangat besar dari segi emosi dan fizikal bagi kanak-kanak. Trauma yang dihadapi kanak-kanak akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalani kehidupan normal pada masa akan datang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Che’ Puan Besar Khaleeda, penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat selain menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.

“Kanak-kanak adalah permata dalam kehidupan dan jika kita sebagai orang dewasa tidak melindungi mereka, siapa lagi akan melindungi mereka,” katanya.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera berakhir apabila diselamatkan di Kondominium Jalan Cahaya, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.41 petang itu, Jabatan bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di dalam sebuah bilik.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang kanak-kanak lelaki dikurung di dalam sebuah bilik.

Kata beliau, kanak-kanak berkenaan cuba melarikan diri melalui tingkap di kediaman tingkat 4 berkenaan.

“Namun, tindakan itu disedari orang awam, pintu kediaman berkenaan dipecahkan oleh pengawal keselamatan sebelum ketibaan pihak kami.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kanak-kanak berkenaan dipercayai telah didera,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad