web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PerantiSiswa: K-KOMM Sasar 80 Peratus Pengagihan Menjelang Akhir November

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 5:26PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menyasar dapat mengagihkan 80 peratus peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia menjelang akhir November.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga semalam, pihaknya telah menerima 350,000 permohonan dalam fasa satu dan dua, dan jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur.

“Untuk memastikan para penerima dapat menerima peranti dalam masa yang cepat, kita akan proses permohonan secara serentak untuk permohonan fasa satu dan dua. Kita juga akan melakukan pelancaran secara berterusan.

“Mana-mana pemohon yang kita dapati cukup syarat dan kelayakan kita akan terus beri kepada mereka yang telah berjaya,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan PerantiSiswa di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 411 pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, menerima peranti tersebut dalam sesi pengagihan peringkat Sarawak yang bermula hari ini.

Setakat hari ini, jumlah permohonan yang telah diluluskan untuk Sarawak adalah seramai 7,400 pelajar.

Sebelum ini, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi K-KOMM Hariaty Mohd Idrus dilaporkan berkata sebanyak 105,665 permohonan PerantiSiswa telah diluluskan setakat 14 Sept.

Hariaty berkata permohonan fasa satu dibuka bermula April hingga Mei, manakala permohonan bagi fasa dua dibuka pada 29 Ogos sehingga 30 Sept ini dengan sasaran keseluruhan 350,000 PerantiSiswa dapat diagihkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Didakwa Tawar Suapan Agar Annuar Musa Cepatkan Pengambilalihan Menara KL

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi