web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakar Mahu PM Gesa Tindakan Segera Tangani Perubahan Iklim Pada UNGA Ke-77

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 7:00AM

Ismail Sabri dijangka berucap pada UNGA ke-77 pada 23 September - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berikutan keadaan cuaca yang ekstrim di beberapa kawasan di dunia, pakar mahu Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri menggesa para pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera ke atas perubahan iklim pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.

Profesor dan Pengarah Eksekutif Pusat Kesihatan Planetari Sunway Centre Malaysia, Tan Sri Dr Jemiah Mahmood berkata kesepaduan sangat diperlukan ketika krisis kali ini, bagi memacu transformasi global ke arah ekonomi planetari baharu.

 “Kita perlukan para pemimpin dunia untuk mengesahkan mengenai perlunya kita menurunkan suhu, kita perlu kekalkan bahan api fosil di tempatnya.

“Kita perlu segera beralih kepada bentuk ekonomi baharu. Saya harap beliau (perdana menteri) akan bersuara lantang dan jelas,” katanya pada bual bicara The Nation Bernama TV, semalam.

Ismail Sabri dijangka berucap pada UNGA ke-77 pada 23 September.

Jemiah berkata Malaysia sudah membuktikan komitmennya terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menerusi penubuhan Pusat SDC Nasional, yang bermatlamat memperkasa dan meningkatkan program ke arah masa depan negara yang lebih baik dan mampan.

 “Belum ada pusat seumpama ini di rantau ini. Oleh itu saya berpendapat perdana menteri wajar  bangga untuk menyatakan bahawa negara ini sudah melabur dalam bidang ini serta komited memandangkan ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Kita perlu tunjuk kepada dunia cara melakukannya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pakar, Peter Nicol berkata Malaysia mampu meletakkan negara ini sebagai peneraju dunia dari segi agenda hijau (mesra alam) dan tenaga boleh baharu.

Namun, penganalisis global berkata kunci kepada pembangunan mampan ialah kesediaan setiap kerajaan untuk menjayakan agenda berkenaan.

“Ini kerana kunci kepada kejayaannya bukan terletak di tangan PBB. Ia boleh ketengahkan, beri amaran dan boleh memberi penyelesaiannya.

“Namun, terpulang kepada setiap kerajaan, yang bertanggungjawab untuk mengambill maklum dan bertindak melaksanakannya di negara masing-masing,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 50 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad