Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NGO Serah Memorandum Minta Kerajaan Campur Tangan Isu Sindiket Penipuan Kerja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 6:24PM

Hishamuddin bercakap kepada pemberita selepas menghantar memorandum bagi memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu sindiket penipuan kerja di luar negara melibatkan warganegara Malaysia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu sindiket penipuan kerja di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Khaizulnizam Mohamad Zuldin di perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, dan turut sama berada di perkarangan bangunan itu adalah lebih 30 keluarga mangsa penipuan kerja serta beberapa wakil NGO.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihak NGO berkenaan menggesa kerajaan memperketatkan syarat perjalanan rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun untuk bekerja di negara berisiko sindiket penipuan kerja seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand, selepas ratusan dipercayai masih terperangkap di negara-negara berkenaan.

Menurutnya rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan 40 tahun ke bawah kebanyakannya menjadi mangsa kerana terpedaya dengan iklan pekerjaan di media sosial yang menawarkan gaji lumayan.

Beliau juga mencadangkan hanya syarikat berdaftar dan mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan negara terlibat dibenarkan untuk mengambil pekerja daripada Malaysia.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan yang juga Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) pula berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharapkan dapat menggunakan saluran ASEAN Desk di Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk berhubung dengan pihak di negara terbabit bagi mendapatkan maklumat berkaitan sindiket.

“Mangsa sindiket penipuan, bekerja sebagai scammer akan diseksa, dipaksa menjual organ dan menjadi pelacur jika tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Musa yang berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Sementara itu Wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Daniel Khoo, yang sedang berhubung dengan mangsa sindiket yang terperangkap di beberapa negara berkata, beliau menerima lebih 30 laporan sejak dua minggu lepas,

Berdasarkan maklumat terbaharu yang diterimanya, beberapa mangsa kini dalam keadaan bahaya kerana organ mereka akan dijual.

Beliau mendakwa terdapat satu kes mangsa ditawarkan pekerjaan bergaji lumayan di Dubai dan apabila tiba di sana, individu itu telah disuntik dengan dadah sehingga tidak sedar diri yang kemudiannya diculik ke Myanmar.

Menurut Khoo, mangsa penipuan warganegara Malaysia akan dipaksa menjadi ‘scammer’ dan jika tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan sindiket, mereka akan diseksa malah ada yang dijual untuk sindiket penjualan organ.

Sementara itu ibu kepada seorang mangsa berumur 20 tahun berkata anak lelakinya ditawarkan kerja di China oleh kawannya namun setelah selepas berbulan-bulan dia mendapat maklumat anaknya menjadi mangsa sindiket di Laos.

“Dia pergi April dan masa itu dia beritahu kerja di China, tapi selepas berbulan-bulan rupanya dia di Laos terperangkap selepas menjadi mangsa sindiket. Dia telah melarikan diri daripada sindiket dan sekarang sedang bersembunyi kerana nyawa terancam,” katanya.

Seorang bapa kepada mangsa berkata dua anak lelakinya berumur 35 dan 38 tahun kononnya mendapat tawaran kerja di Thailand, kini bersembunyi di Myanmar dan mengharapkan bantuan supaya dapat kembali ke tanah air dengan selamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Politik 4 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini