web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM291.4 Juta Peruntukan Untuk Bomba Naik Taraf Fasiliti, Tambah Aset

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 3:42PM

Reezal Merican (tiga, kanan) bersama anggota bomba selepas merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) di PICC hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan meluluskan peruntukan RM291.4 juta pada tahun ini bagi menaik taraf fasiliti serta menambah aset milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Peruntukan ini diluluskan Kementerian Kewangan khusus untuk memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan JBPM setanding dengan negara-negara maju,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) di sini hari ini.

Menerusi peruntukan itu, JBPM akan menerima enam buah Fire and Rescue Boat (FRB) bernilai RM15.5 juta, lima jentera Urban Search and Rescue (RM7.5 juta) dan 150 unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT) (RM145.8 juta) secara berperingkat.

Sebanyak RM49 juta diperuntukkan untuk pembangunan projek Command, Control, Communications, Computers and Intelligent (C4iFRDM) bagi mempertingkatkan sistem komunikasi kecemasan JBPM, manakala RM33.6 juta bagi menaik taraf Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Bomba di Subang, Selangor, katanya.

Hampir RM40 juta disalurkan untuk pembangunan Fasa 3 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu yang meliputi pembangunan fasiliti latihan seperti Simulator Latihan Air Pantas, Kompleks Latihan Menyelamat Air, Kecemasan Lebuhraya dan Penyelamat Kemalangan Trafik serta Simulator Memadam.

Dalam sidang media selepas itu, Reezal Merican berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengemukakan senarai keperluan untuk Belanjawan 2023  dan berharap kerajaan akan memberikan peruntukan lebih tinggi untuk JBPM.

Pada 26 Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad