Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isteri Juruterbang Helikopter Terhempas Tuntut Mayat Di HRPB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 3:09PM

Leung hadir di Jabatan Forensik bagi menuntut mayat mendiang Tsz Kin Richard Chan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Isteri kepada juruterbang yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor baru-baru ini, telah menuntut mayat mendiang di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Isteri mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard tiba kira-kira 10.40 pagi dengan ditemani seorang wanita, manakala mayat mendiang dibawa keluar dari jabatan forensik tersebut pada 11.15 pagi.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Leung berkata pihaknya akan mengadakan pembakaran mayat Tsz Kin Richard Chan di Ipoh dan abu mayat mendiang akan dibawa pulang ke Hong Kong sebelum disemadikan mengikut upacara keagamaan.

Leung yang bertutur dalam Bahasa Kantonis bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut lokasi pembakaran mayat.

Dalam kejadian 11 September lepas, juruterbang warganegara Hong Kong berusia 58 tahun itu maut apabila helikopter yang dipandunya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, terhempas di hutan tersebut.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata pesawat jenis Eurocopter EC120B milik syarikat swasta itu gagal dihubungi selepas berlepas dari Subang dan terputus hubungan radio dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada 12.16 tengah hari.

Dalam pada itu, berlaku kekecohan di pekarangan Jabatan Forensik HRPB apabila kumpulan petugas media yang membuat liputan dihalang daripada menghampiri bangunan dan hanya dibenarkan berada di pagar jabatan tersebut.

Pengawal keselamatan turut mengekori petugas media yang mahu menggunakan tandas di blok terbabit.

Lebih 10 orang pengamal media yang membuat liputan berasa kurang senang dengan tindakan tersebut dan aduan telah pun diajukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri serta pihak hospital bagi mencari penyelesaian terbaik dan memudahkan liputan pada masa hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen