web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Adeeba, Rakyat Malaysia Pertama Dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Berkaitan Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 2:56PM

Dr Adeeba Kamarulzaman - Gambar dari Facebook Malaysian AIDS Foundation

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERiA) Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik oleh Suruhanjaya Global Polisi Dadah sebagai Pesuruhjaya terbaharunya, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.

MAF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Suruhanjaya Global Polisi Dadah telah diwujudkan pada Januari 2011 oleh sekumpulan personaliti dari Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk bekas ketua negara dan kerajaan bagi menyokong dasar berkaitan dadah berdasarkan bukti saintifik, hak asasi manusia, kesihatan awam dan keselamatan.

Objektif utama Suruhanjaya ini adalah untuk mengangkat diskusi tentang pembaharuan polisi dadah yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan dan melandaskan sains di peringkat antarabangsa, bagi tujuan mengurangkan kemudaratan akibat tabiat penggunaan dadah selain polisi kawalan yang terlalu keras ke atas individu dan masyarakat.

Pembaharuan polisi ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark dan barisan Pesuruhjaya Global yang menganggotai Suruhanjaya ini termasuk Pemenang Hadiah Nobel Jose Ramos-Horta, usahawan ternama, Richard Bronson dan bekas ketua negara yang lain.

Menurut kenyataan itu, di pentas global, Dr Adeeba pernah menyandang sebagai Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) pertama dari benua Asia , dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat Strategik serta Penasihat Teknikal HIV di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kini Dr Adeeba memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Suruhanjaya Kesihatan dan Hak Asasi Manusia di bawah kelolaan IAS dan LANCET, sebuah jurnal perubatan antarabangsa yang disegani.

"Pada April 2015, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Undang-undang dari alumni beliau Universiti Monash, Australia sebagai pengiktirafan atas kecemerlang beliau dalam bidang perubatan dan kesihatan awam.

"Dalam bidang polisi dadah, Dr Adeeba memainkan peranan penting dalam usaha pemperbaharui polisi dadah negara sehingga membawa kepada pelaksanaan program pengurangan kemudaratan pada 2006 untuk penggunaan dadah secara suntikan dan mencegah jangkitan HIV dalam kalangan individu yang menggunakan dadah, seperti program pertukaran jarum dan picagari dan terapi penyelenggaraan metadon," menurut kenyataan itu.

Sambil mengalu-alukan Dr Adeeba sebagai pesuruhjaya terbaharunya, Suruhanjaya Global Polisi Dadah itu turut memuji penglibatan Dr Adeeba dan komitment beliau dalam mempertahankan polisi awam yang lebih melindungi hak asasi manusia serta peranan beliau dalam meningkatkan akses kepada rawatan, pencegahan dan jagaan untuk anggota komuniti masyarakat terpinggir di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam