Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsep Malaysian Malaysia Rugikan Islam - PAS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 10:21AM

Malaysian Malaysia ditolak secara jelas PAS sehingga mencetuskan persoalan mengapa parti itu seolah-olah begitu ‘membenci’ konsep berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsep Malaysian Malaysia atau ‘Malaysia milik rakyat Malaysia’ yang menjadi prinsip asas DAP, menunjukkan parti itu menolak ketuanan terhadap mana-mana kaum.

Ia turut membawa maksud DAP menolak dasar dan amalan yang hanya mengutamakan sesuatu kaum, agama atau gender serta mengabaikan satu daripada kepentingan itu yang dianggap diskriminasi.

Bagaimanapun, Malaysian Malaysia ditolak secara jelas PAS sehingga mencetuskan persoalan mengapa parti itu seolah-olah begitu ‘membenci’ konsep berkenaan.

Menjawab persoalan itu kepada Getaran, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasim menegaskan, konsep itu ditolak parti terbabit kerana ia dilihat boleh mewujudkan ‘persamaan’ yang merugikan Islam.

“Siapa bawa konsep itu (Malaysian Malaysia)? Kemungkinan pada sudut politik, ia boleh wujudkan persamaan yang merugikan kepada Islam itu sendiri.

“Satu contoh yang kita tengok bahawa tuntutan kepada persamaan ini dibantah oleh orang-orang Islam melalui perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mendakwa, konsep Malaysian Malaysia akan menghakis keistimewaan dinikmati orang Melayu Islam selama ini.

“Itu mungkinlah satu daripada sebab kenapa kita (PAS) menolak (Malaysian Malaysia). Kalau satu (perkara) yang merugikan Islam dan orang Melayu, kita tidak boleh sokong, kita tolak konsep itu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan tulisan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mendakwa partinya menentang Malaysian Malaysia, memandangkan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam catatan Facebook panjang lebarnya, Abdul Hadi berkata, fanatik kaum juga mesti ditolak yang mengulangi pendirian PAS untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, meskipun dasar Malaysian Malaysia tersebut dilihat ‘cantik’, ia tidak realistik dan tidak sesuai dengan Malaysia.

Menurutnya, ia kerana dari segi ekonomi sebagai contoh, orang bukan Islam sudah sedia lebih maju berbanding orang Melayu Islam.

Justeru, katanya, ‘persamaan’ tersebut dilihat akhirnya tidak akan berjaya.

Mahfodz berkata, orang Melayu baru hendak 'merangkak-rangkak' yang bermakna konsep itu tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana sejak awal dari segi ekonominya tidak sama.

“Ini kita hendak samakanlah (terlebih dahulu). Sebab itu maka kita berikan keistimewaan kepada orang Melayu Islam,” katanya.

Menarik perhatian, Mahfodz berkata, Malaysian Malaysia sudah dikemukakan parti PAP (Parti Tindakan Rakyat) di Singapura sebelum ini.

“Jadi hendak disamaratakan orang Malaysia sedangkan dari segi Perlembagaan memang Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu memanglah tidak sama,” katanya.

Beliau turut mengimbau pentadbiran selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwanya memberi kesan kepada orang Melayu Islam di negara ini.

“Atas sebab itu memang PAS konsisten dari dahulu sampai sekarang, maknanya kita ikut Perlembagaan. Islam sebagai agama Persekutuan, Melayu dan Bumiputera ada keistimewaan dalam undang-undang, maka sebab itu tidak sesuai bahawa Malaysian Malaysia diamalkan di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PAS menyeru rakyat untuk menolak PH dan memilih Perikatan Nasional (PN).

“Kalau boleh pada pandangan saya, orang Melayu Islam dan orang bukan Islam yang tidak ekstrem kena bersatu dalam pilihan raya ini, baik bukan sahaja PAS, UMNO, BERSATU, tetapi juga parti lain di Sabah serta Sarawak bersama PN ini.

“Ini kerana (PN) yang dapat menjatuhkan PH dengan suara terbanyak di Parlimen walaupun tidak melalui pilihan raya. Jadi, kalau kita orang Melayu Islam bersatu dengan orang yang tidak ekstrem itu, kita dapat mengelakkan daripada diperintah semula oleh PH,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 2 jam yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Sukan 1 jam yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024