web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Malaysia 2022: Sambutan Meriah Pamer Manifestasi Kebangkitan Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 11:45AM

Sambutan Hari Malaysia malam tadi bukan sahaja diraikan dengan amat meriah, malah menjadi manifestasi kebangkitan negara selepas bergelut dengan pelbagai cabaran - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Malaysia malam tadi bukan sahaja diraikan dengan amat meriah, malah menjadi manifestasi kebangkitan negara selepas bergelut dengan pelbagai cabaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, acara diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka itu sungguh bermakna.

“Kali ini, sambutan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka yang penuh bersejarah dengan mengimbau semula detik-detik laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

“Alhamdulillah, malam yang sungguh bermakna sempena Hari Malaysia 2022 di Melaka. Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysia ku…,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Seramai 50,000 pengunjung hadir memeriahkan acara sambutan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, jumlah itu melebihi sasaran pihaknya, iaitu seramai 20,000 pengunjung.

Katanya, tema pakaian era 50-an dan 60-an sempena acara itu dianggap sebagai berjaya kerana langkah memperagakan busana lama berkenaan adalah nostalgia jarang dapat dilihat ketika ini.

“Ia juga baik untuk sektor pelancongan kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepelbagaian tradisi dan budaya pelbagai etnik di negara ini," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Malaysia 2022. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar