web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Berkenan Bendera Perak Kibar Separuh Tiang Hormati Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 5:00PM

Sultan Nazrin Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Perak akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula esok.

“Sultan Perak telah berkenan agar negeri ini mengibarkan bendera separuh tiang bermula esok hingga Isnin depan, bagi menzahirkan rasa dukacita baginda di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

“Selain itu, atas hubungan baik Ratu Elizabeth II dengan istana dan kerajaan negeri, maka kibaran bendera separuh tiang akan dilaksanakan selama tiga hari sehingga sehingga selesai istiadat permakaman Ratu Elizabeth II pada hari Isnin,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II raja pemerintah paling lama menduduki takhta dalam sejarah British yang mangkat pada usia 96 tahun itu, kini berada di London dan ditempatkan Westminster Hall sehingga istiadat pemakaman negara diadakan.

Baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.

Ratu Elizabeth II semasa pemerintahannya pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada 1972 bagi lawatan khas, 1989 sempena mesyuarat Ketua Negara Komanwel ke-11 dan 1998 sempena Sukan Komanwel ke-16. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan