web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Fasa 3, Rayuan BKM Dikredit Mulai Selasa Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 3:28PM

Pembayaran BKM akan disalurkan secara berperingkat dan akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 20 September ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 20 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran BKM itu akan disalurkan secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September ini.

“Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima terdiri daripada penerima sedia ada, kategori isi rumah, warga emas bujang, tiada pasangan dan bujang serta mereka yang lulus rayuan BKM.

“Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima diluluskan rayuan BKM dan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing, termasuk Bantuan Tunai Tambahan diumumkan kerajaan pada Jun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia, terutama ketika negara berdepan dengan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail
Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Katanya, sehingga bulan ini, sebanyak RM5.9 bilion disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang sudah ditetapkan.

Malah, jelasnya, masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. 

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023. Ini merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi meringankan beban golongan B40,” katanya.

Kerajaan memperkenalkan BKM menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi, iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima, membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan - 16 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad