web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Nelayan Masih Hilang Selepas Bot Karam Di Batu Pahat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 12:40PM

Op Carilamat diaktifkan bagi mengesan 2 nelayan masih hilang selepas bot yang mereka naiki karam di Batu Pahat, petang semalam. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Dua nelayan masih hilang manakala dua lagi selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Parit Hailam, dekat sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) diaktifkan pada 5 petang selepas mendapat makluman daripada orang awam mengenai kejadian itu.

“Bot itu yang keluar memukat ikan dikendalikan empat kru warga tempatan dipercayai bertembung dengan ombak besar menyebabkannya terbalik dan karam di kedudukan kira-kira 9.6 batu nautika barat daya Parit Hailam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Te Chia Rong, 38, dan Chia Hock Heng, 60, hilang dipercayai akibat tidak sempat keluar dari bot kerana sedang tidur ketika kejadian manakala Te Chia Haur, 40, dan Tee Kian Muar, 33, berjaya diselamatkan oleh nelayan lain yang berada berhampiran dengan lokasi. 

Chia Haur dan Chia Rong ialah adik-beradik, katanya.

Mohd Haniff berkata bot Kilat 47 dari Zon Maritim Batu Pahat telah diatur gerak ke lokasi dan mendapati bot nelayan terbabit tidak kelihatan kerana telah tenggelam sepenuhnya.

Beliau berkata mangsa yang selamat dibawa pulang ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut beliau, Op Carilamat diteruskan hari ini dengan tambahan aset dan anggota daripada APMM serta dibantu oleh Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam