web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seks Songsang Meningkat, Apa Puncanya? Pendakwah Sibuk Berkelahi, Kejar Populariti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 7:03AM

Jika dulu jumlah pesakit HIV adalah akibat penyalahgunaan dadah, namun kini kegiatan homoseks mendominasi HIV. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan ulama dan pendakwah digesa menghentikan sebarang polemik agama dan berganding bahu membendung aktiviti seks songsang yang semakin meningkat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berpendapat, golongan tersebut ketika ini asyik berbalah sesama sendiri mengenai fahaman membabitkan sunni, wahabi dan syiah.

 Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid
Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid

Menurut beliau, disebabkan kealpaan dan sikap tidak ambil peduli mereka, perbuatan menjijikkan itu dilihat semakin kritikal, malah menjadi penyumbang utama penyebaran virus HIV/AIDS.

“Jadi pada saya, kekurangannya pada pasukan pendakwah kita yang tidak teratur. Sudahlah ahli politik berkelahi sesama sendiri, orang ilmuan (agama) pun sama. Ada tak suka orang (pendakwah) itu, ada tak suka orang ini.

“Mereka sepatutnya bekerjasama menumpukan kes seperti ini. Mat rempit patut dibimbing, begitu juga golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT). Tapi ini tidak dilakukan. Mereka sudah lama terbiar tidak dipimpin,” katanya kepada Getaran.

Mahmood Zuhdi berkata, golongan ulama dan pendakwah hari ini lebih sibuk dengan hal lain sehingga melupakan tanggungjawab mencegah gerakan berfahaman liberal di negara ini.

“Ulama dan pendakwah sekarang sibuk dengan hal lain. Mereka sudah berkelakuan seperti membajak tanah yang sudah lumat (dibajak) dan membiarkan tanah yang belum dibajak.

“Mereka seolah-olah rasakan pilihan masuk syurga dan neraka itu terletak di tangan umat Islam itu sendiri. Jadi saya rasa dalam keadaan ini, kita tahulah bangsa kita sedang kritikal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melihat tanggungjawab mendekati golongan songsang berkenaan banyak dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawan bukan pendakwah.

“Ada (pendakwah) asyik pergi bersyarah di masjid, kutuk orang itu, kutuk orang ini dan mereka sudah jadi popular. Mereka berpuas hati sedangkan masyarakat di luar masjid jarang diberi perhatian.

“Jadi saya minta ulama cerdik pandai, pendakwah menginsafi keadaan dan kembali ke pangkal jalan. Berbincang sesama sendiri dan mufti pula janganlah duduk sebagai orang besar yang hanya memberi komen bila ditanya,” katanya.

Mahmood Zuhdi berpendapat, ahli politik antara tonggak utama yang boleh membentuk sesuatu masyarakat, sama ada menjadi baik atau sebaliknya.

“Jadi kalau pemimpin masyarakat itu solid, memperjuangkan apa yang sepatutnya, golongan terbabit dapat dihalang. Kalau dapat dihalang mereka tidak melakukannya. Tapi dalam keadaan sekarang, mereka dibiarkan.

“Maka mereka menjadi mangsa keburukan masyarakat. Bila berlaku kita asyik kutuk mereka. Sepatutnya kita bersimpati, terus membantu mereka supaya berhenti daripada melakukannya dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Dr Zaizul Ab Rahman
Dr Zaizul Ab Rahman

Sementara itu, Pakar Psikologi Agama, Pemikiran Islam, Kesihatan Mental Islam Bidang Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Zaizul Ab Rahman pula berkata, ramai golongan belia Islam terlibat dalam amalan songsang kerana kurang penghayatan agama.

Jelas beliau, walaupun pendidikan agama diberikan sejak kecil, namun amalan beragama itu tidak dititikberatkan dalam kehidupan seharian ketika mereka meningkat dewasa.

“Sebab itulah di peringkat tadika lagi, anak-anak mesti dibekalkan dengan ilmu agama, tentang cara bagaimana menjadi anak yang soleh.

“Tapi masalah ini juga berpunca daripada faktor ekonomi sesebuah keluarga. Sebenarnya orang kita dari segi kemiskinan, ramai dalam kalangan B40. Jadi bila ada masalah kewangan, pelajaran pun terjejas. Itulah yang berlaku ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai pelajar Melayu terpinggir dalam pelajaran,” katanya.

Susulan itu, Zaizul menggesa kerajaan supaya memperkasakan institusi kekeluargaan yang menjadi asas dalam pembinaan budaya bangsa dan tamadun dalam sesebuah negara.

“Sebenarnya pihak kerajaan kena buat pendekatan lebih holistik di peringkat akar umbi. Sebab kasihan kepada mangsa tidak berdosa, misalnya isteri atau anak-anak dijangkiti HIV/AIDS melalui suami mahupun bapa yang terlibat dalam aktiviti seumpama itu.

“Tumpuan perlu diberikan di peringkat mikro (akar umbi) kerana jika tidak dibendung dari awal, ia akan menjadi isu besar dalam negara. Kemudian barulah perkasakan peringkat jiran tetangga, diikuti masjid, surau dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya.

Terdahulu, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkongsi poster mengenai perubahan landskap HIV di negara ini menerusi satu ciapan di Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan trend jangkitan virus itu berubah dari tahun ke tahun.

Pada 1990, majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah namun kini trend sudah berubah apabila kegiatan homoseks menjadi penyebab utama HIV. - Gambar oleh Sairien Nafis
Pada 1990, majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah namun kini trend sudah berubah apabila kegiatan homoseks menjadi penyebab utama HIV. - Gambar oleh Sairien Nafis

Pada 1990, majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah kerana perkongsian jarum suntikan sesama mereka.

Angka ini menurun kepada 48 peratus pada 2010 tetapi jangkitan dalam kalangan heteroseksual meningkat iaitu sebanyak 40 peratus.

Bagaimanapun corak jangkitan berubah pada 2018 apabila 57 peratus jangkitan HIV disebabkan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual).

“Zaman sudah berubah sejak 20 tahun lalu, jumlah pesakit HIV akibat daripada penyalahgunaan dadah sudah berkurang. Manakala yang mendominasi sekarang ini adalah HIV di kalangan kegiatan homoseks.

“Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya sedih dan pilu dengan fenomena ini berlaku dalam negara yang sudah 65 tahun merdeka. Namun jiwa kita masih lagi tidak merdeka dengan isu penyakit berjangkit seperti HIV. Puncanya akibat daripada kita sendiri yang tiga tegas,” katanya. - Getaran, 15 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad