web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Air Keruh Di Tasik Kenyir Bukan Sebab Pembalakan - Ahmad Samsuri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 6:19PM

Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Isu air berkeladak di Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan tiada kena-mengena dengan pembalakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Justeru, katanya, semua pihak dinasihatkan agar tidak terkeliru dengan punca yang menyebabkan air tasik di Hulu Terengganu itu menjadi keruh, sama ada ia akibat pembalakan ataupun kesan hujan lebat yang membawa aliran air dari bukit.

Beliau berkata semua aktiviti berkaitan perhutanan dan pembalakan mempunyai syarat-syarat khusus termasuk penentuan jarak bersesuaian antara kawasan pembalakan dengan gigi air.

“Langkah itu diambil menjadi syarat untuk memastikan tiada pencemaran akibat daripada pembalakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tunggakan Elaun Imam dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang mendakwa Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir ‘indah khabar dari rupa’ kerana air keruh dan berkeladak, dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan berhampiran.

Menurut Ahmad Samsuri, beliau sendiri telah melakukan tinjauan di kawasan Tasik Kenyir dari udara dan mendapati memang terdapat kawasan yang berlaku runtuhan tanah, namun ia tidak berkait dengan aktiviti pembalakan.

“Kalau masih ingat apa yang berlaku baru-baru ini, dalam kes dilihat kayu balak yang jatuh akibat banjir, ada pihak kata sebab pembalakan, sedangkan selepas tinjauan didapati bukan sebab pembalakan tapi runtuhan bukit yang bawa sekali pokok kayu.

“Kita sentiasa berkomunikasi dengan Jabatan Hutan untuk melihat apa isu terbaru,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri sudah bersedia untuk menghadapi banjir semasa monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh yang dijangka bermula November ini.

Katanya, Isnin lepas kerajaan negeri telah menerima peruntukan dan aset tertentu daripada peringkat pusat dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Kita sentiasa bersedia dengan apa juga (keadaan) dan berdoa supaya tahun ini tidak seperti tahun sebelum ini yang mengalami banjir buruk,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM242,925 bagi pembayaran elaun tertunggak dari 2005 hingga 2018 kepada lima orang imam dan tujuh bilal.

Katanya, antara faktor tunggakan berkenaan adalah perbezaan pandangan politik antara imam dan bilal terbabit dengan kerajaan negeri terdahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hati-Hati Memandu Ketika Hujan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kelibat Beruang Madu Dikesan Di Tasik Kenyir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad