Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LJM Cadang Julat Gaji Permulaan Jurutera  RM2,500 Hingga RM3,500

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 2:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) mencadangkan julat gaji permulaan bagi jurutera antara RM2,500 hingga RM3,500 bagi mengatasi masalah isu gaji rendah profesion itu untuk jangka masa pendek.

Jurucakap LJM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, majikan turut digalakkan untuk menawarkan gajian permulaan lebih tinggi mengikut kemampuan mereka.

Katanya, bagi perancangan jangka masa panjang pula, penandaarasan perlu dibuat untuk menetapkan gaji permulaan jurutera dengan mengambil kira kos sara hidup dan gaji profesional lain.

“Pihak berkepentingan perlu membuat unjuran penawaran dan permintaan sama ada dari segi kuantiti dan disiplin profesion kejuruteraan bagi perancangan atau susun atur pengeluaran jurutera siswazah oleh institut pengajian tinggi (IPT).

“Dari sudut perundangan pula, proses pindaan Akta 138 perlu disegerakan untuk peruntukan penguatkuasaan yang lebih luas demi memperkasakan fungsi LJM.

“LJM akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam meningkatkan keberkesanan program kempen kesedaran kepentingan berdaftar dengan LJM,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, skala fi kejuruteraan sedia ada juga perlu ditambah baik tatacara pengendaliannya untuk memberi nilai tambah dalam penentuan penggajian jurutera.

“Usaha untuk memartabatkan profesion kejuruteraan agar nilai tambah digandakan perlu dibuat secara holistik oleh institut pengajian sama ada kemahiran ataupun akademik.

“Cadangan insentif kewangan kepada syarikat yang layak menggaji jurutera dengan gaji permulaan selama dua tahun untuk meningkatkan kemahiran kejuruteraan sebagaimana doktor pelatih (housemanship) harus diperhalusi dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan,” katanya.

Menurut beliau, beberapa cadangan itu dikemukakan setelah meneliti hasil kajian dijalankan Pasukan Petugas (Task Force) ditubuhkan LJM bagi meneliti isu gaji permulaan jurutera rendah yang dibangkitkan beberapa pihak sejak tahun lalu.

Beliau berkata, kajian yang sudah diselesaikan itu turut mendapati dakwaan bahawa gaji permulaan jurutera yang tidak berubah sejak 20 tahun (2000-2021) adalah tidak tepat.

Katanya, kajian mendapati purata kenaikan gaji tahunan bagi profesion itu dalam sektor awam dan sektor swasta masing-masing sebanyak 2.9 peratus dan 2.2 peratus.

Bagaimanapun katanya, kadar kenaikan gaji permulaan jurutera tidak selaras dengan kadar inflasi negara iaitu 3.2 peratus (sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021).

“Sekitar 35 peratus jurutera menerima gaji permulaan di bawah RM2,000. Di dalam perkhidmatan awam, skim Kejuruteraan (J) berada pada kedudukan ketiga selepas skim Perubatan & Kesihatan (U) dan Kewangan (W).

“Sektor Penyelidikan & Pembangunan dan Pembuatan & Pengeluaran menawarkan julat peratusan gaji permulaan melebihi RM2,000 paling tinggi iaitu 75 peratus,” katanya.

Berdasarkan hasil kajian tersebut, beliau berkata, pilihan pekerjaan yang terhad dalam bidang kejuruteraan dan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan graduan antara punca permasalahan utama dalam isu tersebut.

Katanya, antara faktor lain seperti wujud kurang kesedaran mengenai skop kerja profesional kejuruteraan oleh graduan dan majikan dan tiada penandaarasan atau ketetapan gaji asas permulaan untuk rujukan golongan terbabit.

“Majikan juga menawarkan jawatan jurutera tanpa mementingkan pendaftaran dengan LJM.

“Peruntukan undang-undang sedia ada, Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138) mempunyai kekangan yang menghadkan penguatkuasaan.

“Selain itu, skala fi kejuruteraan (sektor pembinaan) rendah berbanding skala fi badan profesional lain. Gaji permulaan jurutera turut bergantung kepada penawaran dan permintaan.

“Dari perspektif majikan, graduan kejuruteraan baharu dianggap tidak menyumbang kepada pendapatan syarikat di peringkat awal pekerjaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, keperluan kajian menyeluruh terhadap bidang tugas jurutera yang masih bergantung kepada teknologi luar yang tidak meningkatkan martabat jurutera tempatan dari aspek profesion dan ekonomi juga perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Tegasnya, jika isu itu tidak ditangani segera, generasi muda tidak akan memilih profesion kejuruteraan sebagai pilihan kerjaya.

“Kesannya, usaha memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) tidak akan tercapai dan negara akan berdepan kekurangan jurutera serta terpaksa bergantung kepada kepakaran dan teknologi luar dalam pembangunan negara.

“Merujuk kepada ucapan Yang Dipertua LJM pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun LJM ke-50 pada 20 Ogos lalu, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia: Kos Perkhidmatan Perunding (PK 3.2) (Pindaan April 2021) menggariskan kadar permulaan gaji pokok jurutera adalah RM3,335.00 untuk dijadikan asas rujukan kepada majikan dan jurutera.

“Oleh itu, diharap penanda aras gaji permulaan jurutera ini dapat dijadikan rujukan kepada semua majikan,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan kadar gaji jurutera tempatan tidak berubah sejak 20 tahun lalu, meskipun negara mencapai tahap kemajuan dan pembangunan yang membanggakan.

Difahamkan, ketika ini graduan baharu kejuruteraan hanya menerima bayaran kurang RM2,500 sebulan, bukan gaji lumayan seperti yang dipercayai masyarakat.

Kadar gaji itu pula hanya ditawarkan di bandar besar seperti di Lembah Klang, di mana permintaan pasaran adalah tinggi manakala kadar gaji di kawasan bukan bandar besar adalah lebih rendah.

Susulan itu, Kementerian Kerja Raya telah menubuhkan satu task force (pasukan bertindak) bagi meneliti isu gaji permulaan jurutera rendah yang dibangkitkan beberapa pihak sejak tahun lalu pada 22 November 2021.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa yang diketuai LJM berperanan membuat kajian lanjut dari pelbagai sumber dalam menangani isu berkenaan. - Getaran, 14 September 2022

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

oleh Fida Ruzki

Politik 10 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar