web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ATM Tambah Pos Kawalan Susulan Pemindahan Ibu Negara Indonesia Ke Kalimantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 1:56PM

Affendi bercakap kepada media dalam sesi wawancara khas sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah bilangan pos kawalan keselamatan di sempadan Sabah dan Sarawak susulan Indonesia akan menjadikan Kalimantan sebagai ibu kota baharu negara itu.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata terdapat keperluan untuk angkatan itu menambah pusat kawalan dan bilangan rejimen di situ berikutan pemindahan ibu kota negara berkenaan yang dijangka pada awal 2024.

“Ia sudah ada dalam perancangan dan akan dibuat secara berperingkat kerana apabila berlakunya perpindahan ini, ia akan menambah bilangan penduduk dan sektor ekonomi di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam wawancara khas sempena sambutan Hari ATM ke-89 pada 16 Sept ini di Wisma Perwira ATM di sini.

Affendi berkata pertambahan penduduk berkemungkinan mewujudkan peningkatan kes jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan.

Beliau berkata ATM akan bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhubung pengawalan sempadan dan penambahan bilangan pos kawalan keselamatan di sempadan dibuat secara selari dengan pihak TNI.

“Apabila ATM membina satu pos kawalan di kawasan Malaysia, TNI turut membina satu di kawasan mereka. Insya-Allah, ia akan ditambah lagi pada masa akan datang secara signifikan,” katanya.

Affendi berkata penugasan pengawasan juga akan dimantapkan menerusi kaedah manual iaitu penggunaan tenaga manusia dan kaedah bersistem yang melibatkan penggunaan sensor atau praktis konvensional semasa iaitu penggunaan dron dan pusat kawalan yang boleh memantau dari jarak jauh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad