web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhimpun Secara Aman, Siasat Peserta Undi 18 Tidak Wajar - Tian Chua

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 9:00AM

Tian Chua. - Gambar oleh Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak polis menyiasat peserta himpunan Undi 18 yang diadakan bagi membantah penangguhan dasar menurunkan had usia mengundi adalah sangat tidak wajar dan dilihat sebagai pencabulan terhadap hak asasi manusia.

Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ditemui berkata, perhimpunan awam secara aman, tidak seharusnya dikenakan siasatan polis kerana ia adalah hak termaktub dalam undang-undang.

“Perhimpunan aman tersebut tidak menimbulkan kekacauan atau ancaman keselamatan terhadap mana-mana pihak, kerana ia dilakukan secara aman.

“Jadi bagi saya, sekiranya pihak berkuasa mahu mengenakan tindakan kepada saya dan beberapa individu lain yang mengikuti perhimpunan tersebut, ia dianggap sesuatu yang tidak patut dilakukan.” katanya secara eksklusif kepada Getaran di sini.

Pada 31 Mac lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah memangil lapan individu memberi keterangan bagi  membantu siasatan, membabitkan perhimpunan anjuran Pakatan Harapan (PH) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berarak dari Padang Merbok menuju ke Jalan Parlimen.

Antara individu terbabit ketika perhimpunan pada 27 Mac itu ialah aktivis Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abdul Hadi; Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj; Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis PSM, Arveent Kathirtchelvan dan Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Turut dipanggil ialah Ketua Pemuda DAP, Howard Lee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, selain Tian Chua sendiri.

Mohamad Zainal berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021 iaitu apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undi 18 tahun dilihat sebagai perbuatan zalim dan menindas hak asasi bakal pengundi berusia 18 tahun ke atas di Malaysia.

Jelasnya lagi, pelaksanaan Undi 18 adalah keputusan Parlimen yang disokong oleh semua pihak dan tiada alasan untuk SPR atau kerajaan menangguhkannya.

“Alasan SPR memerlukan masa lebih lama untuk membuat persediaan sebelum melaksanakan Undi-18 adalah tidak masuk akal dan sukar diterima.

“Saya anggap tindakan SPR menggunakan alasan darurat sebagai satu perbuatan zalim dan menindas hak asasi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut beliau berkata, isu penangguhan pelaksanaan Undi-18 tidak sepatunya timbul kerana prosesnya amat mudah.

"Ia diibaratkan seperti membenarkan individu mengambil lesen motosikal ketika berusia 16 tahun dan kemudiannya lesen memandu kereta apabila berumur 18 tahun ke atas.

“Prosedur sebenar amat ringkas. Penguatkuasaannya hanya memerlukan individu yang mencapai usia 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih," katanya.

SPR katanya, perlu menjelaskan apakah terdapat perbezaan antara proses mendaftarkan individu berusia 18 tahun dan 21 tahun, seperti dibuat sekarang. -  Getaran, 10 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad