web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farrah Naz Dilantik Pengarang Kumpulan NST

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 8:26PM

Farrah Naz Karim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - New Straits Times Press Berhad (NSTP), anak syarikat Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) berkuat kuasa 15 September ini.

NSTP dalam kenyataan hari ini memaklumkan Farrah Naz telah berkhidmat di NSTP dengan menyandang pelbagai jawatan sejak tahun 2000 termasuk sebagai pengarang eksekutif, dan terkini beliau bertugas di Rangkaian Televisyen Media Prima sebagai penerbit eksekutif bagi program hal ehwal semasa.

Menurut kenyataan itu pelantikan Farrah Naz ke NST sebagai pengarang kumpulan adalah selari dengan strategi NSTP untuk meningkatkan lagi penawaran kandungannya, selain pengalaman luas beliau dalam kewartawan media cetak dan di televisyen dapat membantu Media Prima melangkah ke hadapan bagi memperkukuh operasi berita di semua platform medianya.

Sementara itu, Pengarang Urusan Kumpulan Mustapha Kamil Mohd Janor berkata NSTP akan terus melaksanakan perubahan termasuk dalam pengendalian bilik berita khususnya agar seiring dengan kemajuan pesat dan persaingan sengit dalam industri media.

“Sebagai kumpulan, kami telah mencapai kemajuan yang ketara sebagaimana terbukti dalam prestasi kewangan Media Prima sejak dua tahun terakhir ini. Penerbitan kami yang lain seperti BH (Berita Harian) dan HM (Harian Metro) kini mendahului dari segi jumlah penonton digital di Malaysia dan NSTP berharap dapat mengembangkan NST ke tahap yang sama,” katanya.

Mustapha Kamil berkata sebagai akhbar berbahasa Inggeris yang bertanggungjawab, NST dalam beberapa tahun kebelakangan ini berusaha untuk beroperasi secara bebas daripada sebarang pengaruh luar termasuk pengaruh politik, dan sebagai syarikat tersenarai awam kumpulan itu ditadbir oleh tadbir urus korporat yang ketat serta telus dengan Lembaga Pengarah yang berwibawa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar