web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


13 Kenderaan Polis Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Di IPK Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 1:23PM

Kebakaran di bangunan bengkel kenderaan IPK Kedah ini berlaku 4.45 pagi tadi dan mengakibatkan 13 kenderaan musnah. - Gambar dari Facebook Khidmat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak 13 kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) musnah dalam kebakaran bangunan bengkel kenderaan, Pejabat Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bagaimanapun berkata kejadian yang berlaku kira-kira 4.45 pagi itu, tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan pejabat pentadbiran pengangkutan, bengkel kenderaan, peralatan, kelengkapan pejabat serta 13 kenderaan polis.

“Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata PDRM Kontinjen Kedah merakamkan ucapan penghargaan kepada JBPM Kedah dan semua pihak yang terlibat, dalam usaha memadamkan kebakaran dan menangani situasi itu.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.53 pagi, berhubung kebakaran bengkel kenderaan di IPK Kedah.

“Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jalan Kundur dan PBS Seberang Nyonya, bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan bangunan bengkel kenderaan yang memusnahkan beberapa kereta dan motosikal berkuasa tinggi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad