web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keadaan Najib ‘Agak Teruk’, Perbicaraan 1MDB Ditangguh Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 1:13PM

Pada 4 September lalu, Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi berada dalam keadaan stabil - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan awal hari ini bagi membolehkan mantan Perdana Menteri itu mendapatkan rawatan perubatan, dengan keadaan kesihatan beliau dilaporkan "agak teruk".

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara bahawa ubat darah tinggi baharu diambil Najib telah memberi kesan buruk kepada kesihatan Ahli Parlimen Pekan itu.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini supaya Najib dibenarkan menghadiri temu janji perubatannya pada pukul 2 petang.

Sri Ram berkata, Najib perlu kembali ke Penjara Kajang untuk membuat persiapan yang diperlukan sebelum ke hospital.

“Jabatan Penjara perlu membawanya berjumpa doktor pada jam 2 petang, kerana keadaannya agak teruk. Saya memohon agar perbicaraan ditangguhkan awal pada pukul 12.30 tengah hari, hari ini,” katanya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju dengan penangguhan itu.

Pada 4 September lalu, Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi berada dalam keadaan stabil.

Anak perempuannya, Nooryana Najwa, kemudian memaklumkan bahawa Najib mengalami masalah sakit perut yang berulang, kerana beliau "sangat terdedah" kepada ulser perut.

Najib mula menjalani hukuman penjaranya pada 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas beliau berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung, beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan akan disambung esok. – The Vibes, 12 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad