web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarawih Di Masjid Dibenarkan, Jemaah Perlu Patuhi SOP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 6:00PM

Masjid Talhah Bin Ubaidillah menjalankan pelbagai program sepanjang Ramadan namun perlu mematuhi SOP yang ketat. - Gambar dari Facebook Masjid Talhah bin Ubaidillah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran pembukaan masjid sepanjang Ramadan memberi kelegaan kepada umat Islam di negara ini, selepas institusi itu diarahkan ‘menutup pintu’ sepanjang Ramadan tahun lalu.

Pengumuman kerajaan dan majlis agama yang membenarkan masjid menjalankan aktiviti keagamaan pastinya mengubat rindu umat Islam untuk melaksanakan solat Tarawih secara berjemaah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun setidak-tidaknya ia memberi peluang kepada umat Islam untuk mengimarahkan rumah ibadah dalam suasana baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Talhah Bin Ubaidillah di Bukit Jalil, Annas Bahari berkata, seluruh ahli jawatankuasa masjid pastinya berdepan dengan pelbagai cabaran baharu dalam memastikan kelancaran segala program yang dirancang itu mematuhi SOP ditetapkan.

Menurutnya, antara cabaran terbesar yang menunggu pastinya kehadiran jemaah dengan kadar luar biasa memandangkan lokasi Masjid Talhah yang terletak di sempadan negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kehadiran jemaah dari Selangor pastinya meningkat, walaupun peraturan hanya membenarkan 100 jemaah sahaja menunaikan solat Tarawih di masjid seluruh negeri.

“Berdasarkan arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semua masjid di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Tarawih dengan jumlah jemaah tanpa had, namun perlu mengikut SOP iaitu penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Mengikut keluasan Masjid Talhah, ia boleh menampung kira-kira 3,000 jemaah pada sesuatu masa namun mengikut norma baharu ini kami menjangkakan ia boleh menampung seramai 750 jemaah,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Annas berkata, untuk memastikan jemaah mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan institusi ini menjadi pusat penyebaran wabak COVID-19, pihaknya mengadakan beberapa siri simulasi bagi melancarkan segala aktiviti terutama untuk solat Tarawih.

Sementara itu, Naqib masjid berkenaan,  Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad berkata, pihaknya sudah merancang dua elemen dalam menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan.

Katanya, ia merangkumi aspek fizikal dan rohani untuk kariah serta penduduk sekitar masjid.

“Perancangan fizikal yang kita jalankan adalah gotong royong perdana membabitkan kariah, petugas barisan hadapan dan penduduk setempat bagi mencantikkan kawasan masjid.

“Bagi pengisian rohani pula, pelbagai kuliah dirancang bermula minggu ini dan sepanjang Ramadan dengan menampilkan agamawan tersohor antaranya Daurah Fiq iaitu aktiviti membedah kitab serta Kuliah Ambang Ramadan khusus buat kaum muslimat,” katanya.

Selain itu beliau berkata, pihak masjid juga merancang untuk mengagihkan bantuan barangan keperluan kepada 300 golongan asnaf sebanyak dua kali sepanjang Ramadan.

“Setiap barangan keperluan yang disediakan bernilai RM100 berisi beras, sardin, gula, kicap, garam dan beberapa barang lain untuk kegunaan mereka.

“Selain itu, pihak masjid juga ada menyediakan Gerobok Rezeki untuk golongan tidak berkemampuan tanpa sebarang syarat pada bila-bila masa,” katanya. - Getaran 9 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar