web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Baharu Perlu Betulkan Isu Kemasukan Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 7:56PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang menteri baharu perlu mengambil alih jawatan Datuk Seri M. Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia dan membetulkan isu kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, dengan hanya 12 peratus kadar kejayaan pekerja asing memasuki Malaysia berbanding 385,000 diluluskan, Saravanan didakwa 'gagal dengan teruk'.

"Seorang menteri baharu diperlukan untuk membantu dan bukannya menyusahkan perniagaan dengan memotong karenah birokrasi yang melibatkan banyak permohonan, melaksanakan sistem pemprosesan yang cekap untuk menyelesaikan dengan segera tunggakan permohonan yang besar, dan menerima pakai desentralisasi ke negeri masing-masing melalui pendekatan pusat sehenti.

"Jika tidak, kelewatan yang tidak wajar dalam pengambilan buruh asing akan menyebabkan perniagaan gulung tikar dan adalah lebih baik untuk menteri berkenaan ditukar daripada membiarkan perniagaan ditutup," katanya hari ini.

Lim Guan Eng - Gambar Fail
Lim Guan Eng - Gambar Fail

Beliau memberitahu, Saravanan pada bulan lepas berjanji bahawa permohonan awal untuk mengambil kira-kira 400,000 pekerja asing akan diselesaikan sebelum akhir Ogos.

Tambahan pula, jelasnya, sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja dengan segera bagi menghadapi kerugian yang semakin meningkat.

“Kekurangan pekerja yang teruk telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM33.5 bilion kepada sektor perladangan, sarung tangan getah dan industri alat ganti kenderaan sahaja. 

"Industri lain juga akan mencatatkan kerugian berpuluh bilion ringgit. Bilakah ratusan ribu pekerja asing yang dijanjikan dapat masuk ke negara ini? Kegagalan yang begitu teruk ini akan memberi kesan buruk kepada iklim pelaburan di negara ini," katanya.

M. Saravanan - Gambar Fail
M. Saravanan - Gambar Fail

Ujar Guan Eng, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mendakwa 1,500 restoran India-Muslim atau restoran 'mamak' dijangka ditutup di seluruh negara berikutan kekurangan 30,000 pekerja. 

Beliau memberitahu, kekosongan berkenaan hanya boleh diisi oleh pekerja asing kerana kesukaran untuk mendapatkan pekerja tempatan. 

"Tiga ribu restoran mamak telah pun ditutup. Usaha Malaysia untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi akan terjejas jika urusan dokumentasi dan pemprosesan pengambilan buruh asing yang begitu mudah tidak dapat diselesaikan," katanya. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

3

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam