web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Helikopter, Juruterbang Terputus Hubungan Dengan KLATCC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 4:42PM

Menteri Pengangkutan menunjukkan lokasi terakhir sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur sebelum dilaporkan hilang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), sebelum dilaporkan hilang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan kira-kira pukul 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

“Helikopter ini sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, pada pukul 11.37 pagi.

“Pihak CAAM dan PDRM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan kedua-dua pihak telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat  di lokasi sebenar, berdasarkan prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Stesen KTMB Ipoh, hari ini.

Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Chester Voo dengan kerjasama polis Tapah, sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat termasuk melalui laluan darat.

“Kita doakan agar pasukan mencari dan menyelamat itu dapat maklumat yang diperlukan untuk tentukan kawasan sebenar pesawat berkenaan dan kita berharap menerima berita baik.

“Kalau ikutkan kepada menara kawalan, radar menunjukkan pesawat itu sudah berada di atas tanah namun kita nakkan kepastian dan tidak boleh buat sebarang andaian jadi satu laporan lengkap akan dikeluarkan oleh CAAM,” katanya.

Tambahnya, lokasi sebenar pesawat terbabit tidak dikenal pasti namun difahamkan ia berada dalam kawasan hutan dekat Bidor dan pihaknya dimaklumkan pihak PDRM sedang mengesan laluan masuk ke tempat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi berkata berdasarkan longitud dan latitud lokasi diberikan CAAM, lokasi terakhir ia dikesan adalah berhampiran Hutan Simpan Chikus, Langkap di Teluk Intan dan pihaknya bersama polis daerah Hilir Perak dengan bantuan pihak bomba sedang giat melakukan pencarian. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad