web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pak Lah Hidap Demensia, Keluarga Kongsi Perkembangan Untuk Beri Penerangan’ - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 4:08PM

Tun Abdullah Ahmad Badawi - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai ‘kehilangan’ dan status kesihatan mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, terjawab selepas menantunya, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa beliau menghidap penyakit demensia.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, keadaan kesihatannya itu menyebabkan Abdullah atau mesra dipanggil Pak Lah tidak dilihat di khalayak ramai.

Jelasnya, masalah kesihatan dialami Pak Lah yang menyaksikan fungsi kognitif beliau merosot, memberi cabaran kepada keluarganya.

“Pak Lah menghidap penyakit demensia. Ia mencabar bagi kami (keluarga) melihat kemerosotan dalam fungsi kognitifnya. Ada orang sedar tetapi ramai yang tidak. Keluarga membuat keputusan untuk berkongsi perkara ini secara terbuka untuk memberi penerangan mengenai demensia dan masalah kognitif.

“Ini juga sebabnya beliau tidak lagi dilihat di khalayak ramai,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Menurut Khairy, keluarganya mungkin mampu memberikan sokongan perubatan profesional kepada Pak Lah, namun kemudahan sama mungkin tidak dapat diperoleh atau diakses sebahagian besar keluarga pesakit demensia di negara ini.

Terdahulu media melaporkan, Khairy ketika berucap pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia 2022 di sini, hari ini berkata, pihaknya sedang merangka Kertas Putih Kesihatan yang turut merangkumi usaha pemerkasaan dan perubatan, bertujuan memastikan komuniti demensia mendapat akses penjagaan di rumah.

Jelasnya, ia mungkin permulaan bagi rakyat Malaysia yang menderita akibat keadaan berkenaan.

Malah, beliau berharap proses menghasilkan draf Kertas Putih Kesihatan dan menstruktur bajet KKM dapat dibuat sebaik mungkin, bagi membolehkan penjagaan kesihatan menerima lebih banyak dana.

“Ia adalah sesuatu yang amat penting supaya semua kakitangan kesihatan dapat bersama dengan petugas sosial supaya kita semua dalam pemahaman sama,” katanya. – Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad