web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 4:32PM

Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua bertitah baginda akan dikenang oleh Seri Paduka Baginda, kerajaan dan rakyat Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Komanwel yang menjadi kebanggaan Malaysia dan usaha baginda untuk menggalakkan hubungan yang lebih kukuh antara United Kingdom dan Malaysia.

“Seri Paduka Ratu Elizabeth II juga akan dikenang atas dedikasi baginda kepada rakyat dan kerajaan United Kingdom serta keprihatinan baginda yang mendalam terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Ingatan dan doa dititipkan kepada kerabat diraja dan rakyat Britain yang turut merasai kesedihan atas kemangkatan Seri Paduka Ratu Elizabeth II,” menurut kenyataan itu.

Mengimbau kembali kenangan bertemu Ratu Elizabeth II, Seri Paduka berdua telah berangkat mengadakan kunjungan hormat dan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London pada 13 Disember 2019.

Kunjungan hormat dan majlis santapan tengah hari itu bersempena lawatan khas tujuh hari Seri Paduka ke England yang bermula pada 9 Dis 2019.

Ratu Elizabeth II pernah melawat Malaysia tiga kali pada 1972 (Lawatan Khas), 1989 (Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel ke-11) dan 1998 (Sukan Komanwel ke-16).

Terdahulu, dilaporkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland semalam. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad