Berita Terkini

7 jam yang lalu: Pegawai polis yang terbunuh di Stadium Kanjuruhan dinaikan pangkat 7 jam yang lalu: Arab Saudi bakal anjur sukan musim sejuk Asia 2029 di Trojena 7 jam yang lalu: MIDA, HDC meterai MoU bagi perkasa kapasiti industri halal 7 jam yang lalu: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS 7 jam yang lalu: Polis Pahang lupus rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2.8 juta

IKUTI KAMI


Ugut, Maki Penyelia Tapak Sebab Tak Dapat Projek, Kontraktor Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 3:40PM

Suspek didakwa memaki hamun dengan perkataan lucah, berbaur perkauman serta mengugut akan menyerangnya di tempat kerja - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor tergamak mengugut seorang penyelia gara-gara syarikatnya tidak dilantik untuk kerja baik pulih menurap jalan di sebuah sekolah di Semenyih, Selangor.

Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 40 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada Selasa lalu selepas mangsa, seorang wanita berusia 27 tahun menerima mesej suara melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek yang dikenali ketika berada di pejabatnya.

Menurut beliau, di dalam mesej suara itu, suspek didakwa memaki hamun dengan perkataan lucah, berbaur perkauman serta mengugut akan menyerangnya di tempat kerja.

“Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana tidak melantik syarikat suspek untuk menjalankan kerja baik pulih premis (penurapan tar jalan) di sebuah sekolah.

“Bertindak hasil maklumat, polis menahan suspek lelaki tempatan di Jalan Uranus U5/127 Shah Alam, Selangor kira-kira jam 1.15 petang semalam,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek tersebut mempunyai lima rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.

“Suspek juga mempunyai rekod masih kehendaki bagi kesalahan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Malah hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine,” katanya.

Ujarnya lagi, suspek direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000

2

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

3

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penglibatan Wanita Sebagai Pelaku Rasuah Membimbangkan, Makin Meningkat - Azam Baki

Semasa 9 jam yang lalu

Yasin Kemuka Representasi Kaji Pertuduhan Kes Dadah

Semasa 9 jam yang lalu

Bicarakan Di Mahkamah Bukan Pada Awam, Kata Sri Ram Pada Peguam Najib

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera Rakan Bapa, Pembantu Rumah